After a year, I have been learning about life. Yes. Life is hard. Life is not as beautiful. I learned about it the hard way.

Aku ingat lagi ... aku sangka mudah untuk membina tangga, rupanya begitu sukar, dengan berbagai2 benda yang perlu dibuat untuk mengambil hati.

Pastu aku dapati bukan mudah untuk orang lain membantu kita tatkala kita hadapi kesukaran hidup ini. Anehnya seolah-olah hanya keluarga aku yang memahami aku, dan seolah-olah mereka yang selalu memberi bantuan kepadaku. Aku ingat lagi, terutamanya ketika aku rasa amat kecewa bila mencari tempat tinggal pada hari aku nak mula bekerja.

Dan, kekadang keindahan yang dirasakan boleh ditarik bila-bila masa. Kita rasa seronok dengan keadaan kita, tiba-tiba sahaja keadaan bertukar kepada keadaan yang dahsyat luarbiasa! Inilah kuasa Dia.

Aku dapati, sehebat mana pengorbanan kita kepada majikan, yang untung hanyalah majikan. Kita? Kita tak akan dapat apa-apa. Kalau ada, hanya sedikit semata. Ini mengajarku ... hanya satu pengorbanan sahaja yang akan mendapat penghargaan ....

Dan aku sedar siapa aku, sejauh mana keikhlasan aku, dan apa tujuan aku sebenarnya ... setelah diuji sebegini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany