Kita belajar untuk apa? Untuk negara? Heh ... betulkah? Untuk mendapat ijazah? Hmm, hampir tepat, tapi masih kurang tepat! Untuk dapat keje yang gajinya ok? Hah! Tu dia!

Sedar tak? Secara separa sedar itu tujuan kita, tak pun kebanyakan dari kita. Mengapa beriya-iya nak dapatkan ijazah tu? Kenapa sanggup berjaga malam untuk exam? Bukan tak bukan kerana benda yang 'dijanjikan' di hadapan ... slip gaji di hujung bulan!

Kesian. Kebanyakannya akan kecewa. Hanya segelintir yang gembira. Kita akan kecewa, tatkala mendapati ijazah kita tak dipandang sewajarnya. Dunia kerja amat kompetitif, dan kita tak sedar mengenainya. Kita belajar tanpa mengetahui kehendak industri. Akhirnya kita dipinggirkan kerana ilmu kita tak diperlukan seperti yang kita rasai.

Pemegang ijazah kejuruteraan elektrik antara yang agak kelam, andai ia bekerja dalam syarikat minyak dan gas. Kesian bagi yang kurang bernasib baik, yang merupakan majoriti.

Ruginya ... andai dari dahulu kita tak betulkan niat kita.

Comments

Popular posts from this blog

Germany