Tadi ke SMS Muar lagi.Tengok adik.Inilah antara rahmat yang diberikan kepada makhluk-Nya.Rahmat yang berbentuk kasih sayang dan cinta ibu dan ayah kepada anak.Tapi kasih sayang-Nya lagi hebat dan luas,kan?

Bawa adik beli barang keperluan dia.Biasalah,masa aku dan adik aku yang lain kat asrama pun camtu gak.Masa aku form 4 dulu pun,selalu gak dibawa berjalan ke bangunan the store kat Klang untuk membeli barang.Famili dah datang dari jauh,mesti nak bawa berjalan.

Masa dalam tempat membeli-belah,terperasan aku satu perkara.Ada dua kedai.Satu kedai hadiah.Satu kedai menjual permainan komputer.Pengunjung kedai hadiah orang perempuan.lelaki ada,tapi dia pun datang sebab nak beli hadiah untuk orang perempuan.Kalau lihat kat kedai tu,memang penuh dengan benda-benda yang orang perempuan suka,contohnya patung/doll yang comel-comel,bantal peluk yang comel-comel dan semua benda yang amat comel dan disukai oleh orang perempuan.Di kedai game/permainan komputer pula pengunjungnya orang lelaki.Kebanyakan game pun memenuhi citarasa orang lelaki.Lelaki dan perempuan mempunyai kecenderungan dan sifat yang berbeza secara amnya,betul kan?

Hmm ... pelik juga bila fikirkan ada kumpulan manusia nak dua-dua jantina ni disama-ratakan dan ada kumpulan yang tak mahu menerima hakikat bahawa aku dan dia berbeza....

Walhal,aku dan dia saling lengkap-melengkapi....kerana ini menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan Pencipta kedua-duanya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany