Boku desu!

Dah lama tak menulis.Aku diri aku sendiri mula jarang menaip di keyboard ini untuk tujuan blog.Aku terasa berat untuk menulis.Tidak banyak yang aku buat,maka tidak banyak yang boleh aku tulis.

Setiap hari,pada hari-hari yang lalu aku sering menulis perihal cuaca.Hujan.Panas.Termasuk cuaca lain.Aku bukan ahli cuaca,cuma itulah yang aku selalu cerita kepada ibu bapa bila menelefon mereka dari seberang laut.Cuma masa tu cuacanya sangat sejuk atau sangat panas.

Di sini aku dapati kekuatan semakin berkurangan dari hari ke hari.Walaupun kekuatan ini berubah-ubah seperti arus ulang alik yang berbentuk sinusoidal atau menghampiri sinusoidal,namun kali ni, nilai RMS/Punca min kuasa dua(PMKD) arus ini agak rendah.Aku berdoa agar kekuatan yang ada kembali dan menjadi lebih kuat.Begitu banyak punca rendahnya PMKD di sini.Barangkali induktor yang terdapat di sini terlalu tinggi.Jangan putus asa!Masih ada harapan.Aku kena terus berdoa kepadaNya!

Hari demi hari,rupanya kita diasuh untuk menjadi sesuatu.Ramai tidak menyedari akan hal ini.Tak percaya?Lihat apa yang disajikan disekeliling.Bukan sahaja di kaca TV,malah di kedai majalah,di kedai komputer,di dalam radio,di pasar raya,di jalan raya(terutamanya papan iklan) malah di stesen keretapi!

Hasilnya kita lihat apa yang terjadi di seluruh dunia.Wujud berjenis-jenis manusia!Manusia yang hatinya suka keseronokan semata-mata.Manusia yang mementingkan luaran dan keindahannya semata-mata.Manusia yang meletakkan kayu ukur/yard stick pada tempat yang tak sepatutnya.Manusia yang membuat penyelesaian yang mengundang masalah baru baginya.Manusia yang sering lupa akan penciptanya.

Manusia yang terlupa bahawa dia adalah seorang hamba kepadaNya!

Cuba bayangkan,seorang manusia yang berada di sini(yang asalnya seseorang yang pernah melalui jalan ini),dan dia hanya bersama keluarga dia sahaja,dan tak menghubungi teman-teman untuk mengecas kekuatan?Sehari dua mungkin dia masih ok.Sebulan pun mungkin ok.3 bulan?4 bulan?Setahun?Kalau dia hidup dalam lingkungan diri sendiri,maka tatkala kita berjumpa dengan dia,kita dapati dia dah lain dari dahulu.Kebarangkalian ini amat tinggi.Beruntung bagi orang yang dapat mengecas kekuatan mereka.Semoga kita menjadi orang yang beruntung.

Bila kita akan lihat,suasana yang akan membentuk manusia yang hebat,yang mampu untuk membebaskan manusia lain dari masalah,yang mampu membawa keamanan sebagaimana yang telah ada suatu ketika dahulu?

Barangkali 600 tahun lamanya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany