Boku desu!

Kali ini aku melihat ke depan.Teringat aku ketika aku rasa akan ketinggalan berbanding orang lain.Aku sudah berada pada suasana yang lain dari masa dahulu.Suasana yang boleh menyebabkan aku hilang dari pandangan kawan-kawan.Pernah aku menceritakan kepadaNya rasa hatiku.Aku tetap menanti jawapan dariNya.

Jawapan telah diberikan.Aku menemui ramai rakan-rakan baru.Aku menemui jawapan untuk suasana yang baru ini.Aku amat kagum dengan mereka.Bila berjumpa,ibarat mereka dalam suasana student juga,walaupun sudah beranak dua tiga.Aku amat kagum.Dahulu aku tak berpeluang melihat kehidupan orang yang berkeluarga,bekerja dan berjawatan meneruskan jalan ini.Amat kagum.Amat terharu.Rupanya masih ada yang mampu untuk istiqamah sehingga ke tahap ini.Semoga aku dan teman hidupku juga mampu untuk istiqamah seperti mereka.Amiin.

Teringat kata sahabatku."...bila kita memilih untuk mengikuti jalan ini,kita telah memilih kepenatan...".

Comments

Popular posts from this blog

Germany