Boku desu!!!!

Tadi main bola.Besnye.Ramai kawan-kawan ada.Kawan-kawan baru.Hebatnye,baru jumpa dah mesra.Mungkin inilah ukhuwwah yang dikatakan.

"Nama sapa?"
"Kamal"
"Oh,saya razali(bukan nama sebenar)"

Lepas tu terus sembang.Tanya asal mana,dan disusuli berbincang apa yang menarik seperti cara melukis grafik atau pengalaman di australia.Tu belum kira hebat lagi.Yang ini:

"Kamal,kalau awak enta problem nak bermalam,call ana tau"

Hmmm...macam ni sekali.Terharu gak.

Dulu kat aussie,aku dikelilingi student yang belum kahwin,bujang,remaja serta masih belum tahu kehidupan setelah naik tangga.Masa tu macam-macamlah spekulasi berkenaan kehidupan selepas kawin dan keseronokannya.Namun itu hanyalah spekulasi...

Kini aku sering bersama dengan golongan yang dah ada anak.Malah sesekali melihat mereka berkumpul bersama keluarga,dengan set keluarga yang mantap.Kali ni nampaknya bukan spekulasi lagi.Pengalaman-pengalaman berharga pula menjadi informasi.Semoga ia berguna bila tiba masa aku berkeluarga nanti.

Sebut pasal keluarga,aku teringat tadi.Wife/Zaujah2 kawan2 aku tu pandai handle anak2 kecil.Hmm ... satu kelebihan orang perempuan,yang aku sendiri akui.Mereka pakar layan budak2 kecik.Mereka boleh sabar dengan kerenah anak2,malah dengan kerenah kanak2 lain.Lelaki boleh,tapi tak lama...sebab naluri lain sket.Hebatnya,Dia cipta aku dan dia berbeza kerana kedua-duanya saling perlu-memerlukan!Jadi,buat apa nak compare dan lebih-lebihkan aku atau dia?

Sekarang masih di ibukota.Hujan.Ingat nak gi pc fair,tapi kena hujan reda.Kalau tak ...hmmm.

Comments

Popular posts from this blog

Germany