Kore wa boku!!!

Tadi aku amat sedih dengan tiba-tiba.Satu demi satu berita sedih datang.Ia berlaku sekelip mata.Dahlah tu.Aku kena ke kuantan tadi.

Apa yang dikata suatu masa dahulu tak dikota.Mak kata sabarla.Jangan compare dengan orang lain.Tak mampu untuk bersaing dengan empunya kelebihan.Barangkali juga apa yang ada pada diri.Cerita adik aku pun sedih juga.Tak dapat aku ceritakan di sini.

Bisikan negatif mengeruhkan fikiran.Imej itu muncul aje.Memandang rendah kat aku.Menambah rasa tak selesa.Terganggu aku ketika menaiki kereta.Kurang konsentrasi aku sepanjang jalan.Malah ketika di Maran pun aku tak keruan.Mak tak putus-putus menenangkan aku.Aku sayang kat mak.

Di kuantan aku memandu ke tempat urusan sekolah mak.Setelah itu pergi ke the store kuantan membeli barang sedikit.Masa kecil pernah ke sini.Kini tempat tu dah berubah sedikit.Jalan depan the store dah ditutup dan dipasangkan gerai-gerai.

Dalam perjalanan pulang,makan kuih di tanjung api.Ada satu kedai best di sana yang mak selalu singgah untuk beli kuih.Selepas itu pulang ke Temerloh.

Di tengah jalan sembang berkenaan toilet.Malu kan kita,bila dapati toilet kita masih kotor,terutamanya toilet kat surau dan masjid? Harapnya suatu masa keadaan ini dapat berubah kepada yang lebih baik.Teringat aku toilet kat beddoe mosque dan ICV yang sentiasa dijaga oleh committeenya!

Tapi .... bila tiba di rumah,aku dapati ada orang mengirimkan sesuatu kepadaku. Hatiku tersentuh.Terharu.Tanoshikatta.Ureshiii.Jawapan kepada permintaan untuk menenangkan hati terjawab jua!

Comments

Popular posts from this blog

Germany