Tadi aku melihat teman-temanku menyusun langkah dan mengemaskan susunan.Begitu serius dan bersemangat!Satu nasihat yang begitu mengesankan hati:'Tugas ini diamanahkan olehNya kepada kita,jadi semua orang mesti memikulnya sama ada mahu atau tidak.Bersyukurlah kerana kita dipilih untuk berada bersama-sama di jalan ini!'Moga kita terus tsabat.
Berita sedih di pagi hari
Pagi ini aku me dapat.berita sedih. Ust Ali dipanggil Ilahi jam 4pagi tadi. Hujan mula turun selepas subuh. Seolah ia sedih atas pemergian beliau. Mesej anaknya di dalam FB, arwah akan disolatkan di masjid Bukit Damansara. Aku merancang untuk ke sana selepas selesai menghantar Ulfah. Jalan ke sekolah masih Jem. 1 jam perjalanan ke sana. Usai menghantar anak, aku dan isteri terus ke Bukit Damansara. Setiba di sana, masjid tiada orang. Aku terkejut juga. Aku hubungi ust MFS. Rupanya perancangan ditukar. Jenazah akan dikebumi.di Bintulu. Solat jenazah dibuat di Hospital sebelum dihantar ke KLiA. Aku pasrah sahaja. Hari ini aku follow perkembangan jenazah ustaz melalui FB. Begotu ramai yang mengongsi sehingga ke.lewat malam. Ustaz disemadikan di kawasan dekat.kampung baru. Begitu ramai yang hadir. Malam diakhiri dengan tazkirah dari anaknya,.ustaz Ahmad. Semoga Allah merahmati Ustaz di alam sana.
Comments