InsyaAllah aku akan berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi ... tinggal menunggu surat rasmi dari pusat....

Apa yang berlaku menunjukkan kuasaNya yang Maha Hebat. Aku terkenang tatkala Dia membantu aku untuk mendapat ijazah kelas pertama ketika di Australia dahulu. Ia sungguh luar biasa! Dia telah menjadikan aku mendapat keputusan yang cemerlang ... lebih dari apa yang aku jangka! ... sedangkan senior-seniorku tidak pernah habis kursus dalam masa yang ditetapkan, kerana terpaksa extend semester.

Kali ini Dia menunjukkan kuasaNya yang lebih luar biasa. Loji itu amat sukar untuk dibuka pintu bagi membenarkan pekerjanya bertukar lokasi. Ditambah dengan keadaan
orang tidak mahu pergi ke sana...

Tetapi, hujung tahun lepas, ketua bahagian elektrik bersama pembantunya mempropose lalu memfight untuk menjadikan pergerakan aku suatu realiti. Ketua kejuruteraan menyetujuinya ... Suatu keajaiban! MasyaAllah. Tidak lama selepas itu, pergerakan aku diluluskan oleh ketua loji. MasyaAllah! Jika diikutkan lojik dan norma keadaan di sana, ia suatu yang jarang-jarang berlaku!

Ini menunjukkan Dia berkuasa mengubah sesuatu yang mustahil pada pandangan kita!

Alhamdulillah. Syukur atas segala yang Engkau beri! Keadaan ini mengembalikan ruh dan semangatku berkali-kali ganda! Moga kembalinya aku, membawa perubahan baik dan melonjakkan teman-temanku di sana!

Amiin!

Comments

Abu Ameen said…
mabrook ya akhi. Teruskan perjuangan di bumi KL.

Popular posts from this blog

Germany