Hari ini aku melapor diri ke tempat baru. Kusangka bangunan buruk, rupanya direnovate sebegitu class, ibarat KLCC. Kusangka kena pakai tie sampai petang, rupanya agak casual dan terbuka suasana kerja di sini.

Teman-teman baru terdiri dari yang terlibat dengan design dan project, dan segelintir sahaja ada pengalaman loji.

Aku teringat semasa aku mula melapor diri dahulu. Ketika itu aku amat mentah dan mengikut apa yang diarah dan disuruh. Memang sangat mentah. Cuma kali ini, aku membawa sehimpun pengalaman yang amat bernilai.

Alhamdulillah, aku bersemangat ... sebagaimana aku bersemangat di waktu mula kerja dahulu.

Tatkala pulang ke rumah, aku pulang bersama isteri .... aku tidak percaya ia berlaku sekarang, tetapi ia memang benar-benar berlaku! ... dan ini menunjukkan kuasa Yang Maha Menjadikan!

Segala puji bagiNya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany