Lama tak menulis.

Aku kini sudah mula menyusun rentak hidup di sini.

Kini sudah mula berkumpul dengan sang pemuda, yang aku dapati berminat untuk memahami jalanNya!

Sedikit demi sedikit tugasan diberikan kepadaku. Aku mendoakan agar aku tidak memikul melebihi apa yang aku mampu.

Sekarang, aku harus memandu lebih 40 minit beserta tol jika ingin menambah kefahaman dan juga memberikan kefahaman. Malah untuk beriadah, aku perlu lalui jarak yang sama atau lebih jauh. Namun, kali ini aku hadapinya dengan semangat dan keyakinan kepadaNya!

Cuma, cabaran terbesar di sini ialah, bagaimana ingin melayani karenah keluarga besar dan kecil kerana mereka sudah begitu dekat dan selalu datang menjengukku.

Comments

Popular posts from this blog

Germany