"Nikmat dihargai apabila ia hilang dari kita..."

Benar sekali...
Nikmat mata, dihargai apabila dah mula rabun atau buta...
Nikmat telinga, dihargai apablia dah mula tak dengar atau pekak...
Dan macam-macam nikmat lagi ....

Bagiku, aku menghargai satu nikmat yang dirasakan biasa bagi kebanyakan orang ... nikmat bersama keluarga. Ia kerana aku 'kehilangan' nikmat itu sebelum merasainya...

Setelah lima tahun berjauhan dan merasai keperitan akibat berjauhan itu, aku sangat-sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Maha Kuasa atas keadaan aku sekarang. Walhal, bagi teman-teman sekerja dan orang sekelilingku, ia adalah perkara biasa.

Segala puji bagi Engkau atas segala apa yang Engkau berikan! Jadikan aku mensyukuri dan memanfaatkannya sebaiknya! Amiin!

Comments

Popular posts from this blog

Germany