Adakah anda terfikir, ketika anda berehat di rumah ... tanpa sedar, anda menjadi punca kepada kerosakan yang ada di dunia ini?

Masakan begitu?! Adakah dengan berada di rumah dan berehat sahaja sudah jadi sedemikian?

Mari kita lihat ... di saat ini, dunia dikuasai oleh kejahatan dan musuh-musuh islam. Malah mereka setiap hari merancang dan melaksanakan pelbagai agenda untuk memastikan dunia di bawah cengkaman mereka, dan memastikan tiada siapa yang bangkit untuk menghancurkan mereka.

Untuk itu, mereka pastikan masyarakat seluruhnya rosak dan hilang keinginan dan jati diri. Mereka tabur hiburan kepada remaja dan memastikan mereka tenggelam sedalam-dalamnya ke dalam hiburan ini. Sememangnya apabila kita melihat remaja di sekeliling kita, semuanya terpengaruh dan tenggelam sama sekali, melainkan mereka yang dipilih olehNya untuk berpegang kepada islam.

Tidak cukup dengan itu, mereka pastikan masyarakat mengejar harta dan wang, dan tidak putus-putus untuk mengejarnya. Lihat kehidupan kita ... kita bekerja keras untuk mendapatkan wang atau gaji, yang akan digunakan untuk membeli rumah dan kereta yang hakikatnya hutang yang perlu dibayar setiap bulan. Kita akan bekerja keras sehingga diri kita penat sama sekali pada malamnya... putaran ini berlaku setiap hari tanpa henti...

Dengan dua keadaan itu ... malah mungkin lebih lagi ... dunia ini akan terus dikuasai oleh mereka, dan semakin lama semakin rosak....

... melainkan ada insan yang berkeinginan untuk menghentikan putaran itu dan mengembalikan manusia kepada apa yang sepatutnya!

Semoga kita adalah insan itu!

Comments

Popular posts from this blog

Germany