Boku desu!

Tadi jadi attendant stesen pam kat TTDI.Stesen tu stesen pertama syarikat ni kat Malaysia.Stesen ni memiliki sejarah yang bermakna buat syarikat ni.Sekarang aku mengerti nilai di sebalik syarikat ini.Hmmm,aku terasa kagum juga dengan apa yang ia ada dan apa yang ia lalui.

Sempat la mengelap cermin beberapa buah kenderaan.Nak isi minyak,sekarang kat lembah klang semua pakai sistem layan diri....

Tadi aku jenguk website thesis universiti aku.Hmm,kali ni supervisor aku,Prof Russell tak banyak dah offer topik untuk thesis dia.Ada satu topik dia senaraikan semula.Hmm,mungkin yang tu dia masih tak puas hati.Nasib baik topik aku dah tak ditulis.Kalau ditulis,maknanya thesis yang aku buat tak memuaskan.Alhamdulillah.

Esok aku tamat orientasi.Tak tahu lagi bila boleh online.

Comments

Popular posts from this blog

Germany