Boku desu!

Huh huh...baru balik dari cheneh.Penat dan puas hati.

Ahad..
Bertolak dari pusat training ni.Naik bas ramai-ramai.Pakai casual.Aku duk sebelah madi.Dia room mate aku untuk training ni.

Berhenti di Kedai mamak kat dengan hospital Temerloh yang belum siap.Solat dan makan.Dalam bas tengok cerita Mosquito Island.Ingatkan best,tapi pening2 je cerita ni.Dahla tu,ending tak best.

Isnin...
Air takde.Aii..aku pun turun ke kolam untuk wudhu dan cuci badan.Orang lain ada yang langsung tak mandi.Tempat ni ada masalah air sket.Lebih2 lagi sekarang musim kemarau kat negeri Terengganu ni.

Pastu exercise sket.Makan pagi.Pastu pergi main panjat dinding.Aku dapat naik separuh je.Pastu tangan cram sampai takleh pegang batu kat dinding.Ada sorang lagi yang kaki cram.Sorang lagi terus sakit kaki..

Petang lak buat latihan dalam hutan.Banyak yang aku buat kurang sempurna.Dari sini dan aktiviti memanjat tadi,aku dapat lihat yang aku ni amat lemah dari segi aktiviti fizikal dan belum cukup kuat.Aku mudah rasa putus asa dan juga meletakkan mental block terlalu awal.KEna ubah persepsi ni dan kena buat lebih baik lagi di masa depan.

Main flyig fox.Teringat flying fox kat Allemmbee camp kat aussie dulu.Yang tu kecut perut dibuatnya.

PEtang balik.Malam pecah kepada kumpulan.

Selasa...
Air ada.Alhamdulillah.Kali ni tiga kumpulan.Semalam dua kumpulan je.Orienteering.Jalan dalam hutan.Group aku miss beberapa check point.KEna tegur dek renjer hutan.

Lepas abis orieentering,pertandingan rakit.Buat rakit dari bahan yang diberikan.TAkut2 gak sebab akan seberang sungai 40kaki dalam.Alhamdulillah,rakit yang kami buat tak tenggelam dan sampai ke destinasi.Malah group aku di depan sekali.

Lepas main rakit,kena buat human pyramid untuk alihkan tayar dari satu tiang tanpa sentuh tiang.Punyalah sakit,tapi alhamdulillah,berjaya dibuat!

Petang tu ada aktiviti guna otak.REnjer tu psiko semua peserta tapi semua tetap teguh dengan pendirian sendiri.Setelah diberi ulasan dan pengajaran oleh renjer tu,tamat aktiviti lasak di situ.Oh,renjer yang aku sebut tu kami panggil pak pi'e.

Malam tu BBQ dan sambut hari lahir 3 orang dari peserta program ni.

Rabu....
Bertolak ke loji minyak.Pastu balik ke KL.Tiba kat sini waktu malam.Nasib baik sempat makan malam...

Comments

Popular posts from this blog

Germany