Boku desu!

Aku ada seorang kawan yang sering menelefon dan mesej kat aku,terutamanya bila dia rasa aku diuji dan bila dia diuji.Seolah dia menelefon dari canberra ke clayton,walhal kini dia menelefon dari canberra ke KL.Begitu jauh,namun baginya barangkali begitu dekat.

Sememangnya dekat,andai ia dirasa dari hati...yang penuh dengan perasaan bersaudara kerana ilahi.

Ada seorang lagi kawan,yang telah mula keje,tapi dia masih tenang dan masih melayan aku seolah kami masih berada di Melbourne dahulu.Tidak diketahui betapa sabar dia menghadapi ujian,namun di wajahnya ada ketenangan.

Ada satu watak komik tu,bila ia pulih dari luka parah,ia jadi lebih kuat,malah semakin kuat setiap kali menghadapi musuh.Musuh pun makin hebat pada setiap episod baru.Namun dia tak putus asa dan berusaha menguatkan diri demi mengalahkan musuh itu.Malah dia rasa seronok dengan cabaran yang lebih hebat dari musuh itu.

OK.Jadilah yang lebih kuat selepas ini!Yosh!!

Comments

Popular posts from this blog

Germany