Tayar robot berfungsi 80%. Jalan lurus sket , pastu dia pusing2 . Jalan sket , pastu pusing2 ... walaupun kita suruh dia jalan lurus ( robot ni pakai tayar, bukan kaki :) ). Aku rasa litar atau alignment tayar yang masih tak berapa betul. Tapi insya-Allah, aku cuba baiki betul2. Ehe .

Semalam masa kat lab ramai puji pasal robot aku. Mereka kata aku dah nak siap. Mereka kata thesis aku hebat. Mereka seperti kagum ngan thesis aku. Aku takut. Aku takut aku riyak dengan pujian member2 dan student2. Apa yang aku dapat hari ini adalah bantuan Allah, hasil dari petunjuk-Nya. Aku banyak berdoa kat Dia supaya bantu aku siapkan thesis ni. Aku nak cemerlang. Aku nak tunjukkan contoh baik kat adik2 aku dan kawan seperjuangan aku ... bahawa kita sepatutnya lebih cemerlang dari mereka yang tak ikut jalan ini, dari mereka yang meletakkan pelajaran mengatasi agama mereka , yang meletakkan keseronokan mengatasi iman mereka.

Wahai diri. Ingatlah Dia selalu, sesungguhnya Dia memerhati kau setiap masa. Jangan putus asa denganNya dan ingatlah, Dia Maha Penyayang. :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany