hari ni assemble balik chassis robot aku. Berserabut betul saraf2 dia. Ehe ... wire dia pendek2 jer tapi banyak. Dahla kena rewire dua tiga kali sebab tak kemas. Ni baru untuk bina robot ... dah banyak pakai wayar untuk kawal organ2 badan dia. ... Lihat pencipta kita, Dia cipta kita dengan tahap kompleksiti yang kita sendiri tak tercapai. Subhanallah. Sememangnya Dia Maha Bijaksana!
Berita sedih di pagi hari
Pagi ini aku me dapat.berita sedih. Ust Ali dipanggil Ilahi jam 4pagi tadi. Hujan mula turun selepas subuh. Seolah ia sedih atas pemergian beliau. Mesej anaknya di dalam FB, arwah akan disolatkan di masjid Bukit Damansara. Aku merancang untuk ke sana selepas selesai menghantar Ulfah. Jalan ke sekolah masih Jem. 1 jam perjalanan ke sana. Usai menghantar anak, aku dan isteri terus ke Bukit Damansara. Setiba di sana, masjid tiada orang. Aku terkejut juga. Aku hubungi ust MFS. Rupanya perancangan ditukar. Jenazah akan dikebumi.di Bintulu. Solat jenazah dibuat di Hospital sebelum dihantar ke KLiA. Aku pasrah sahaja. Hari ini aku follow perkembangan jenazah ustaz melalui FB. Begotu ramai yang mengongsi sehingga ke.lewat malam. Ustaz disemadikan di kawasan dekat.kampung baru. Begitu ramai yang hadir. Malam diakhiri dengan tazkirah dari anaknya,.ustaz Ahmad. Semoga Allah merahmati Ustaz di alam sana.
Comments