Teman..

Tadi lepas Jumaat, AEM ajak aku makan cendol kat belakang masjid negara. Tak tahu pula ada tempat cendol jagung sedap di situ, walaupun dah lebih dua tahun aku bekerja di kawasan ini.

AEM mengingatkan aku YHY. Ya. YHY menjadi teman seperjuangan, seperjalanan serta teman sembang kat kedai mamak dan kedai Ayam Penyet masa aku di bintulu dahulu. Kami sama2 kongsi kisah hidup suka duka serta pahit manis dakwah dan tarbiyyah.

Kini YHY sudah ke negara spagetti untuk menunaikan kerja yang diamanahkan di sana. Ditambah dengan kondisi aku yang sudah bersama keluarga (baca: bukan lagi bujang berjauhan), serta ahli bulatan yang sudah sangat letih untuk minum2 di kedai sambil bincang hal umat, aku menyangka, sudah tiada teman yang mau bersembang di kedai mamak.

Rupanya Allah ganti dengan AEM.

Sungguh bersemangat!

Segala puji bagi Allah yang menentukan segala keadaan!

Comments

Popular posts from this blog

Germany