AGM 2012 dan saya...

Jam 3 petang tadi, Mesyuarat Agung IkSJ (AGM) tamat. Semua orang bersyukur program berjalan dengan baik. Semua post2 utama IkSJ selesai pemilihannya.

2 bulan sebelum itu...

"anda dilantik sebagai pengarah Mesyuarat Agung kita...". Aku dilantik. Malah beberapa orang dilantik untuk membantu; MF, SA, MYY, MM, UFZ serta dua orang akhwat. Ketika itu, AGM diputuskan 2 minggu selepas aku diberi tugas mengarah. Sangat adhoc dan aku kelam kabut. Mujurlah MF sangat2 membantu dari segi mendapatkan tempat AGM.

Namun, 3 hari sebelum tarikh AGM....

.... aku dipanggil dan diberitahu ia ditunda 2 minggu 1 bulan. Angin juga aku masa tu kerana tarikh ditukar oleh IkSelangor mendadak (harapnya bukan sesuka hati : mode - sangka baik)

Selepas itu, team aku ditambah tugas lain (yang menjadi skop S/usaha) iaitu kena edarkan surat jempuatan ke AGM. Dahlah aku outstation, susah nak coordinate penghantaran. Nasib baik UFZ uruskan.

Lima hari sebelum AGM...

Aku dapati ikhwh yang diminta buat montaj tak buat... sebab sibuk. Set2 Jkd beriya2 nak montaj, tapi tak ada siapa nak buat... jadi aku 'divolunteerkan' untuk buat.

Pada malam sebelum AGM ...

Aku serta team aku sampai ke Masjid alFalah, tempat kami bakal bermesyuarat agung. Di samping itu, ada beberapa orang ikhwh serta akhwt datang untuk membantu. Aku berasa semangat. Tak sangka pula ramai nak tolong. Cuma malam itu, semua orang tiba lewat ke masjid alFalah ini, sebab semua tinggal luar kawasan dan kena redah jem sebelum tiba. Jadi, tukang jaga kunci dewan masjid dah balik. Terkial2 juga dia datang untuk bukakan dewan.

Alhamdulillah, ramai tolong susun kerusi meja.

Cuma ... bila dah nak tengah malam, barulah teringat untuk ambil barang2 dari pejabat IkSJ. Teman yang dipertanggungjawabkan untuk ambil tidak mahu ambil. Alasannya tidak perlu, boleh suruh orang berdekatan pejabat ambil. Aku geram sebab tugasan tu dah diberi awal dan disetujui awal. Nak minta orang lain, seolah yang lain senyap sahaja.

Tambah lagi bila tahu pada esok paginya tiada orang nak membantu untuk mengangkut pelajar dari IPTA dan IPTS berdekatan.

Aku amat serabut malam itu. Aku merasakan seolah semua ikhwh tidak peduli akan itu. Bila semua orang sudah balik, aku termenung seorang. Lalu, aku pergi ke pejabat IkSJ pada 12 malam untuk ambil barang dan esok paginya, lepas subuh aku rushing ke Masjid untuk hantar barang dan keluar balik untuk mengambil pelajar.

(mujurlah pagi itu ada ikhwh yang perihatin dan offer diri bantu ... jzkk buat BMF membantu).

AGM bermula. Aku end up jaga komputer kat depan masa orang berucap. Tak ada orang lain. Masa tu mengantuk tahap naga. Masa break, aku terus lari keluar untuk tidur.

Selepas itu, AGM berjalan dengan baik... syukur juga kepada Ilahi kerana menjaga the remaining part of the event.

Apa pengajarannya AGM ini ya? Ada beberapa ...

(nak tulis, tapi anak nak tidur, dan minta aku duduk sebelah dia pula).....

Comments

Popular posts from this blog

Germany