Selatan....

Dua tiga menjak aku selalu mengikut AEM mengembara ke Kolej Maha Busy (KmB). Agak jauh dari rumahku. Ia harus merentas MRR2 yang tidak terjangka kelancaran trafiknya (adakalanya jem luar biasa di tengah malam!).

Di sana aku mengenali pelajar2 KmB serta kisah tarbiyyah mereka. Di sana juga aku mengetahui serba sedikit kisah pelajar2 yang seangkatan dan senasib dengan KmB yang bernaung di bawah nickname Selatan ... kerana mereka majoritinya berkampung di selatan, bukan di utara....

Mereka amat perlukan tarbiyyah, dalam keadaan bilangan abang2 senior bekerja (salah seorangnya AEM sendiri, yang letih tapi masih mau teruskan) untuk membentuk mereka.

Dah dua kali aku melihat pelajar ini berkumpul di sebuah masjid yang agak terpencil, jauh dari kedai makan dan minum.... tetapi mereka sunggguh bersemangat menjalankan dan menyertai program2 terbiyyah mereka, malah tak jemu dan penat walaupun ia dibuat dua minggu berturut2, dalam keadaan exam hampir menjenguk!

Waah! sunnguh osem dan bersemangat! Terasa roh mereka yang begitu bergelora ingin mengubah diri dan mengubah dunia!

Comments

Popular posts from this blog

Germany