Air kordial dan iman

Tadi masa program bersama TSM ada satu pengisian menarik yang aku rasa nak kongsikan:

Jika sedikit air kordial diletak dalam cawan. Masa tu bila minum, kita rasa kordial. Bila air kosong dimasukkan ke dalam cawan itu, rasa kordial akan makin lama makin kurang. Sampai satu tahap, air kordial itu akan hilang rasa kordial. Orang akan kata itu air kordial, tapi rasa air kosong.

Begitulah kita. Islam dan iman dalam kita akan cair bila suasana luar yang teruk (baca: jahiliyah) mempengaruhi kita sedikit demi sedikit. Akhirnya kita hanya tinggal nama sahaja, kerana jahiliyah itu sudah menjadi amat banyak dan mencairkan identiti islam dalam diri kita.


Comments

Popular posts from this blog

Germany