Jam 3 petang tadi, Mesyuarat Agung IkSJ (AGM) tamat. Semua orang bersyukur program berjalan dengan baik. Semua post2 utama IkSJ selesai pemilihannya. 2 bulan sebelum itu... "anda dilantik sebagai pengarah Mesyuarat Agung kita...". Aku dilantik. Malah beberapa orang dilantik untuk membantu; MF, SA, MYY, MM, UFZ serta dua orang akhwat. Ketika itu, AGM diputuskan 2 minggu selepas aku diberi tugas mengarah. Sangat adhoc dan aku kelam kabut. Mujurlah MF sangat2 membantu dari segi mendapatkan tempat AGM. Namun, 3 hari sebelum tarikh AGM.... .... aku dipanggil dan diberitahu ia ditunda 2 minggu 1 bulan. Angin juga aku masa tu kerana tarikh ditukar oleh IkSelangor mendadak (harapnya bukan sesuka hati : mode - sangka baik) Selepas itu, team aku ditambah tugas lain (yang menjadi skop S/usaha) iaitu kena edarkan surat jempuatan ke AGM. Dahlah aku outstation, susah nak coordinate penghantaran. Nasib baik UFZ uruskan. Lima hari sebelum AGM... Aku dapati ikhwh yang diminta bu...