Aku rasa sangat gembira hari ini.Pagi tadi kereta dah repair.Pastu flight on time.Pastu bas cepat.Pastu dengar suara mak yang gembira sebab weekend ni aku sekeluarga balik pahang.Syukur serta istighfar atas nikmat yang banyak.
Posts
Showing posts from December, 2009
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, hari ini selesai puasa hari asyura. Dua hari lepas, seorang teman SMS kepadaku: "Ahad ni jangan lupa puasa hari asyura. Moga dosa kita tahun lalu diampuni!". Tambahan lagi, hari ini masjid as-Syakirin mengadakan majlis berbuka puasa. Suasana seperti ramadhan, dan mengingatkan aku akan ramadhan... wah, rindunya! Syukur kepada Ilahi kerana menjadikan aku dapat berpuasa hari ini....
- Get link
- X
- Other Apps
Gambar di atas adalah nasi lalapan di impiana II dekat medan jaya. Nasi ini sangat sedap kerana ayamnya sangat besar dan berempah. Harga pun boleh tahan. Makan nasi ini sangat mengenyangkan. Sebut perihal mengenyangkan, aku teringat salah satu pengisian semasa perkhemahan yang aku lalui baru-baru ini... Kita sering menganggap bahawa " diri " kita telah makan apabila kita makan nasi dan lauk. Hakikatnya makanan itu adalah untuk jasad kita, yang mana rasa kenyang itu hanyalah kenyang jasad sahaja. " Diri " kita yang sebenar adalah roh kita sendiri. Roh inilah yang selalu kita lupakan. Makanan roh adalah zikir kepada Tuhan, membaca al-Quran dan solat. Kasihan kepada diri kita. Selalu kita terlupa untuk memberi makan kepadanya, lalu kita merasa kosong , lemah dan tidak bersemangat untuk berdepan dengan kehidupan ini, apatah lagi untuk berdepan dengan mehnah dan tantangan yang ada, bagi yang melalui jalan ini. Jadi, marilah kita beri makan diri kita supaya ia tidak kelap...
- Get link
- X
- Other Apps
Teringat kata-kata cikgu A masa packing-packing balik. Dia adalah senior yang sangat lama berada di jalan ini bersama isterinya. Banyak perkara yang berlaku padanya, dan banyak yang dia hadapi, namun dia tsabat dan berterusan dalam pegangannya. Malah dia sangat yakin. Dia berkata kepadaku: " Lebih baik berada di dalam kebenaran yang lemah daripada berada di dalam kesamaran yang kuat! ". Dia melihat teman-teman yang tidak sabar, lalu meninggalkan jalan ini, dan ada yang menggunakan jalan lain, malah ada yang menggunakan jalan yang salah! Aku terharu, juga kasihan dengan apa yang dia kongsikan kepadaku. Aku kagum dengan keyakinannya terhadap apa yang dia pegang. Dengan melihat apa yang berlaku sekarang, yang mana jalan sedang dibersihkan, kesedaran mula wujud .... aku dapat merasakan cikgu A akan melihat hasil daripada apa yang dia yakini tidak lama lagi... Pasti Dia tidak mensia-siakan doa hambaNya!
- Get link
- X
- Other Apps
Baru balik dari perkhemahan. Wah! best perkhemahan kali ini! Teman dari seluruh sarawak berkumpul dan berukhuwwah bersama-sama! Aku kagum dengan Moss. Dia sakit batu karang minggu lepas. Akan tetapi tatkala dia discharge dari hospital pagi jumaat, dia terus pergi ke perkhemahan itu. Teman-teman lain risaukan kesihatannya, kerana perjalanan ke tempat perkhemahan melalui jalan yang sangat tidak rata, tetapi dia tetap mahu pergi. Dia berkata: " Allah telah menyembuhkan aku hari pagi ini, barangkali Dia mahu menguji kesungguhanku dalam untuk pergi ke mukhayyam ini! ". Kami terdiam. MasyaAllah!
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini meeting berkenaan perkhemahan yang akan diadakan lusa nanti. Kali ini yang hadir sedikit dari sebelumnya. Malah, ia lebih sedikit dari perkhemahan yang pertama pada bulan yang sama tahun lalu. UAS, UAFH dan ramai lagi tidak berpeluang untuk ikut ... disebabkan oleh perkara-perkara yang mereka tidak dapat elakkan. Ditambah dengan seorang teman yang sakit batu karang tadi ... Kami juga terkejut, tapi apakan daya, hospital sudah tidak menerima pelawat. Kami hanya mampu untuk menziarahinya esok. Setiap kali kita mahu melakukan kebaikan dan pembaikan, setiap kali jugalah ujian datang .. kecil atau besar! Maka hendaklah kita bersabar dan berdoa dalam menghadapinya, sebagaimana orang-orang terdahulu yang menghadapi ujian yang lebih hebat dan dahsyat. Moga perkhemahan dapat berjalan dengan baik, dan teman itu cepat sembuh. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Jaga-Jaga! Andaikata anda terbuat satu kejahatan, ia boleh menjerumuskan anda kepada kejahatan yang lain! Sebab itu kita disuruh turuti kejahatan dengan kebaikan sebagaimana hadith nabi : " Berbuatlah baik dimana anda berada, dan turutilah kejahatan dengan amal kebaikan ... " Dan .. andaikata kita membuat kebaikan pula, ia boleh pula membawa kita kepada kebaikan yang lain! Jadi, berusahalah untuk berbuat kebaikan semampu mungkin!
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi melihat majlis penutup Kem Cuti Sekolah.Ramai hadir.UAFH memberi kata-kata penutup yang begitu bersemangat : " Apabila fitrah kita dibangkitkan, maka ketidakselesaan dan kesukaran yang kita rasakan itu hilang, lalu timbullah kenikmatan yang terhasil dari keimanan! " Tadi juga aku mendengar suatu perkara yang menarik dari teman-teman dari Upm. Mereka dapat tahu bahawa mereka di'kenali' sebagai 'orang baik' oleh pak guard pintu masuk kampus. Mengapa? Kerana orang lain naik motorsikal, pasti ber'pasangan' lelaki dan perempuan. Kalau teman-teman itu, mereka sama ada seorang sahaja atau dua orang lelaki yang naik motor. Wah! kronik dan parah betul situasi masyarakat sekarang, sehinggakan naik motor macam itu pun dah jadi janggal! Tadi juga aku merasakan ... seolah-olah masa untuk aku 'bergerak' semakin hampir... kerana telah ada orang yang membantu dalam kerja islami di sini .... sebagaimana yang berlaku terhadap MARMAR suatu ketika dahulu...
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi tadi semasa berada di masjid, pentazkirah kuliah subuh berkongsi perihal motivasi untuk istiqamah dalam kebaikan. Dia menyebutkan satu hadith, antara isi penting hadith itu: " Ada beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jaraknya sejengkal dengan syurga, lalu takdir mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia masuk ke dalam neraka. Adapun Ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jaraknya sejengkal dengan neraka, lalu takdir mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu dia masuk ke dalam syurga ". Hadith ini sering di salah faham kan. Seolah tidak guna beramal,kerana jika 'takdir mendahului' maka masuk neraka! Tidak sama sekali. Apa yang perlu difahami ialah ... jika kita sudah berada di dalam kebaikan, teruskan dan teruskan beramal, jangan biarkan sekali pun peluang untuk terjerumus ke dalam kejahatan , takut-takut kita mati ketika saat terjerumusnya kita! ... dan bagi yang berada dalam dosa,noda ... A llah se...
- Get link
- X
- Other Apps
siapa yang mempengaruhi siapa.Kita atau persekitaran.Aku melihat suasana hari ini.Aku memerhatikan adik iparku dan adikku.Aku merenung diri sendiri.Lalu aku mendapati semua dipengaruhi oleh dunia yang kita diami.Malah berasa selesa dengan keadaan ini tanpa menyedari ia membawa kita ke jalan yang tidak disukai Ilahi.
- Get link
- X
- Other Apps
Ikatan antara dua manusia... Ada yang disebabkan oleh darah (adik-beradik, emak, ayah)... Ada yang disebabkan oleh akad (suami-isteri)... Ada yang disebabkan oleh pekerjaan ... Ada yang disebabkan oleh dakwah ... Ada yang disebabkan oleh minat yang serupa (kereta, bola)... Manusia apabila diikat akan menunjukkan kemesraan tatkala mereka bersama, merasa rindu apabila berpisah. Apabila ikatan itu hilang, adakalanya hilanglah kemesraan dan kerinduan yang pernah ada. Yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan yang mungkin telah dilupakan.
- Get link
- X
- Other Apps
Sudah seminggu lebih aku berada di Semenanjung. Seronok betul kerana dapat merasa menjadi ayah sepanjang seminggu ini. Tak lama lagi aku akan pulang semula ke Borneo. Keadaan terpisah sebegini mengajarku nilai masa, kerana masaku di sini sangat sukar untuk diperolehi, malah perlu dibayar. Ia sukar diperolehi kerana akhir-akhir ini boss sukar nak berikan cuti atau pelepasan kepadaku untuk pulang. Ia perlu dibayar kerana aku perlu membeli tiket kapal terbang yang tak kurang mahalnya. Aku sering sedih bila melihat anakku kerana kasihan kepadanya kerana dia jarang bertemu dengan ayah kandungnya sendiri. Aku risau kerana takut pembinaan karakter,emosi,intelektual dan akhlak anakku terkesan oleh keadaan ini. Aku mengetahuinya melalui pembacaan dan perbincangan dengan teman-teman. Namun, aku masih merasa syukur terutama apabila melihat orang yang mengalami situasi yang lebih dahsyat dariku. Itu adalah saranan Nabi SAW juga, supaya kita tidak kecewa dengan apa yang ada. Moga aku lebih banyak m...
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi dua orang pemuda minum air limau ais dan limau suam. Cahaya lampu jalan suram-suram menyinari mereka dan orang-orang yang datang makan ke tempat itu. Kereta yang lalu lalang di sebelah gerai seolah-olah tidak berkurang sedikit pun. Berbagai perkara yang dibualkan oleh pemuda itu. Dari perkembangan keluarga, teman-teman hinggalah kepada masa depan yang akan dihadapi... Namun orang di sekeliling tidak peduli. Mereka lagi bising bergelak ketawa sesama mereka seolah-olah ada kisah lucu yang diperdengarkan. Tukang masak gerai sibuk menyiapkan makanan dan minuman yang di 'order' oleh pelanggan yang datang. Kedua mereka bersurai. Salah seorang kelihatan letih dengan baju kerja serta beg yang agak lusuh, namun kelihatan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang ada.