Tadi aku terbaca ayat ni. BEgitu terasa. Begitu benar janji dan kata tuhan.

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

Dan sesunguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka itu dari jalan benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
(az zukhruf(43):36-37)

Aku benar-benar terasa. Dahulu aku pernah begini. Aku nak sorang-sorang. Aku menjauhkan diri dari mereka yang nakkan kebaikan. Aku masih ingat keadaan hati aku ketika itu. Aku menyangka aku dah betul. Rupanya salah. Hatiku tidak tenang.

Kini aku lihat kebenaran ayat itu. Andai kita stick kepada kawan-kawan yang nakkan kebenaran, insya-Allah .. syaitan tak dapat nak jadi kawan kita.

Kasihan kat mereka yang menjauhkan diri dari kebenaran di masa cuti ni. Kasihan kat mereka yang nak hidup sendiri-sendiri masa cuti ini. Semoga Allah beri petunjuk kat mereka. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Germany