Hari ni aku dapat tiket untuk balik! Tiba di Malaysia jam 5.35 pagi. Bersama seorang teman yang datang sama-sama dengan aku dahulu.

Hari ini adik junior aku ikut aku berjalan ke Clayton. Aku kesian kat dia. Kena ikut aku yang tiba-tiba nak berjalan. Dia tak sempat nak bersiap. Tapi dia tetap nak ikut aku berjalan. Mungkin dia kena bersusah sedikit sebab aku tak tahu apa plan aku untuk hari ini.

Ni baru bawa seorang lelaki bersama aku. Ehe ... kalau aku berseorangan, mungkin aku tak fikir panjang bila nak buat apa-apa .. sebab kalau apa-apa jadi, kalau susah ke ... aku seorang sahaja yang rasa .. aku seorang sahaja yang sakit.

Aku rasa kat sini pentingya isteri yang menguatkan kita. Bila sampai saatnya, kita akan fikir dua tiga kali bila buat apa-apa. Jalan dakwah penuh ngan ujian dan ketidaksenangan dan kesukaran. Kalau dia tak tahan ... kalau dia tak beri kita semangat .. maka kita pun jadi perlahan .. maka kita pun boleh terhenti di tengah jalan. Nauzubillah. Semoga dia dan aku saling menguatkan. Amin!

OK. Tinggal beberapa misi lagi kat Clayton ni. Berusahalah!

Comments

Popular posts from this blog

Germany