Entri tadi hilang lak. 6 prenggan .... ni summary tulisan yang hilang tu...

Aku mengembara lagi. Tak ada rumah. Bermalam di rumah teman. Melihat kehidupan.

Barang dah siap packing. Cuma tak tahu apa lagi yang nak dibawa balik. Jumaat ni nak balik ke Malaysia. Tapi sedar tak? Kita jarang sekali packing untuk balik ke alam barzakh? Tiket ke sana bila-bila sahaja. Semoga kita ke sana dengan tiket syahid di jalan-Nya.

'Biasakanlah hidup dengan tidak memilih'. Ni hasil perbualan aku dengan temanku dua hari lepas. Selalunya kita memilih dalam hidup kita, bila kita diberi peluang untuk memilih. Benarlah. Kita memilih supaya benda yang dipilih tu terbaik buat kita ... lebih-lebih lagi bila pilihan tu memberi kesan untuk tempoh masa yang sangat lama. Ehe .. contohnya, memilih pasangan hidup. Amat sukar mencari manusia yang menjadikan dakwah memilihkan untuk mereka. Amat sukar mencari mereka yang menjadikan hidup mereka diadjust untuk kebaikan jalan ini, bukan mengadjust jalan ini supaya sesuai dengan mereka ...

Lama tak naikkan semangat untuk bekerja. Cuti ni keje cara lain sket. Tak patut ada masa untuk bosan. Matlamat masih jauh. Ramai lagi orang yang masih tidur. Kena kejutkan manusia-manusia ni. Biarlah mereka tak nak bangun, yang penting kita buat keje. Kita akan ditanya apa usaha kita, bukan apa kejayaan kita. Ok. Kembalilah bersemangat. Aku rindukan semangat itu. Biarlah seperti tak ada harapan. Hakikatnya harapan ada ... cuma kena sabar je. Kena tunggu sedikit sahaja lagi. Berdoalah kepadaNya!!!

Temanku kat sana tengah upgrade di masa cuti ni ... aku pula?

Comments

Popular posts from this blog

Germany