" Jalan dakwah adalah jalan yang amat sukar. Ia dipenuhi duri-duri yang tajam. Jika anda dapati jalan dakwah anda itu mudah, barangkali anda melalui jalan yang salah! " Kata-kata ini diulang-ulang semasa aku di sekolah, di universiti dan di alam pekerjaan ini. Dahulu ada sedikit-sedikit diuji dengan ujian-ujian kesusahan di jalan ini seperti masalah-masalah yang selalu ditemui ketika melaksanakan program-program umum dan sebaliknya. Aku menyangka itulah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Namun ia lebih dari itu... Kini jalan yang aku pilih diuji dengan ujian yang amat dahsyat. Ia dirasai oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Barangkali Tuhan mahu melihat, siapa yang masih tetap di jalan ini, siapa yang tidak tahan lalu mengambil jalan mudah. Aku memohon dari Tuhan agar aku dan teman-temanku diberi kekuatan di kala ini. Moga kita semua ditunjuki jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan buk...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Hari raya dah masuk hari ke-4. Aku menyambut hari pertama di rumah ibu bapaku.Semua adik-beradik ada,termasuk yang belajar medic tu. Kemudian ke kampung ayah di TRG.Wah,kali ni aku dapati begìtu banyak kereta di TRG,sehingga traffic jam teruk di sana.Dah mula jadi macam Kelantan! Raya ke-3 beramai-ramai sambut hari keluarga. Bapa saudara dan sepupu semua berkumpul tepi pantai.Bestnya! Malam tu aku sekeluarga pulang. 5 jam driving TRG-TLOH. Singgah kat satu restoran yang sangat teruk servis dan juga makanan dekat Marang. Sabar je lah.
- Get link
- X
- Other Apps
Jika kekuatan didasarkan atas manusia, ia tidak kekal, ia tidak kuat, ia adalah kekuatan yang lemah. Jika kekuatan didasarkan atas hubungan dengan ilahi, ia adalah kekuatan yang sebenar dan kekuatan inilah yang bertahan lama. Aku memerhatikan realiti ini. Perkara-perkara yang berlaku sekarang membuktikannya. Mungkin perkara yang akan datang akan menguatkan lagi hal ini. Moga kekuatan didasarkan atas hubungan yang kuat denganNya.
- Get link
- X
- Other Apps
Di dalam al-Quran ada disebut " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara... ". Alangkah indahnya kalau orang islam yang berlainan pendapat memahami ayat ini. Di saat ini, amatlah sedih apabila orang islam berpecah, bercakaran dan ber'perang' disebabkan oleh pendapat yang berbeza. Di saat ini musuh-musuh islam gelak ketawa melihat gelagat umat islam yang menyedihkan ini. Moga aku dan teman-temanku memahami ayat itu sungguh-sungguh... ... kerana ukhuwwah yang dibentuk atas dasar iman sangatlah manis!
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi ada iftar di madrasah bersama pelajar-pelajar yang akan bercuti. Anak buahku juga ada di situ, juga teman-teman dan pakcik-pakcik. Seronok juga suasana ketika itu, sama seperti suasana semasa iftar sabtu lepas. Setelah iftar, aku berkejar ke rumah teman sekerja untuk memenuhi jemputan makan berbuka di sana. Jadi, aku iftar di dua tempat pada satu malam. Setelah itu, aku berkejar pula ke surau RPRS, kerana menggantikan UII menyampaikan tazkirah ringkas sebelum terawih. Kali ini ramadhan kurasakan lain sedikit. Antaranya ialah aku lebih tenang dan mudah untuk menyampaikan tazkirah berbanding tahun lepas, malah ramai memberi komen positif terhadap gaya penyampaianku. Ramadhan kali ini juga kurasa ringan untuk melalui 20 rakaat di mana sahaja aku solat. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memudahkan. Sekarang sudah tinggal 10 hari terakhir. Moga ia dimanfaatkan seoptimumnya! Amiin!
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi aku terbaca satu artikel tulisan uqy di laman web dia. Aku tersentuh dengan isi yang disampaikan: Dahulu masa aku adalah adik-adik, aku membayangkan abang-abang akan menyumbang. Kini bila dah jadi abang-abang, sejauh mana sumbangan dari harta dan masa kepada mereka. Seolah-olah abang-abang memiliki 'rancangan sendiri' dalam hidupnya.
- Get link
- X
- Other Apps
Lama tak update blog ini.Aku lebih kerap mengupdate coretan dalam facebook.Sekarang berada di dalam bas,menuju ke airport.Flight ke Miri awal malam ini,betul-betul dekat dengan waktu berbuka.Tadi,hatiku sangat tersentuh melihat anakku melambai ke arahku.Bilakah aku akan dapat luangkan lebih masa untuknya?
- Get link
- X
- Other Apps
Agak lama aku tidak menulis blog ini. Kini, orang ramai lebih bertumpu kepada website sosial seperti facebook dan twitter. Aku merasakan jiwaku begitu down beberapa lama. Mengapa? Aku melihat keadaan diriku ini yang kuanggap malang. Sedar tidak sedar, sudah hampir lima tahun hidup begini ... ada keluarga, tetapi masih hidup macam orang bujang, tidak nampak harapan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. Ditambah dengan perubahan yang aku lihat pada anakku dan isteriku. Ditambah dengan suasana sekeliling yang lemah dan kelihatan makin lesu . Lebih menyedihkan hatiku bila melihat kehidupan yang lain yang kuanggap lebih bahagia dan lebih hidup dari apa yang aku miliki. Semua itu memakan diriku sedikit demi sedikit, sehinggakan memberi kesan terhadap fizikal dan menta l ini. Dari segi material, aku diberi banyak benda . Aku diberi pekerjaan yang menarik dan gaji yang agak lumayan. Aku ada keluarga. Aku memiliki kemahiran-kemahiran. Aku masih boleh makan apa yang aku mahu.... Tetapi...
- Get link
- X
- Other Apps
Motivasi merupakan minyak yang menjadi pembakar semangat kepada hati manusia di kala ia lemah. Ia datang dari orang lain atau dari dalam diri sendiri, bergantung bagaimana kita memperolehinya. Aku diuji dan diuji sehingga kini, menjadikan diriku menghargai setiap motivasi yang boleh aku cari. Melihat keadaan orang lain yang seolah-olah lebih baik dari keadaanku, menajdikan aku makin lemah. Namun, sesekali aku berundur ke belakang. Aku berfikir seketika akan kehidupan ini. Aku ingin keluar dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dengan itu, timbul satu semangat baru... semangat untuk merubah keadaan!
- Get link
- X
- Other Apps
Kita perlu bersemangat dalam menghadapi kehidupan ini. Cabaran dan ujian pasti datang, dan kekadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam sekelip mata kehidupan yang seronok akan menjadi sengsara. Oleh itu, kuatkan semangat tatkala diuji. Bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan, jadi .. jangan putus asa dari rahmatNya!
- Get link
- X
- Other Apps
Aku tidak terbang pulang hujung minggu ini. Hanya di bintulu, dengan program dan aktiviti yang ada : qiyam dan pertemuan dengan teman-teman membincangkan perkembangan dan arah seterusnya tarbiyah di sini. Kini aktiviti umum untuk remaja agak perlahan di sini. Ia sangat ketara kerana aku, YHY, MFSI dan SSI kurang tidak dapat memberikan tenaga dan masa untuk program umum remaja di sini. Ditambah dengan ZD yang sudah tidak mahu melibatkan diri. Kini suasana di sini agak sunyi pada pandangan orang awam. Aku, YHY, UAFH, UAS dan lain-lain mula menukar fokus. Kukuhkan tiang asas sebelum dibesarkan bangunan. Mantapkan tapak sebelum diletakkan batu-bata di atas. Aku harap, dengan fokus sebegini akan melahirkan lebih banyak kekuatan untuk menyampaikan kebaikan dan risalah ini kepada masyarakat di sini.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku baru selesai menghadiri forum elektrik dengan teman-teman sesama syarikat. Hm, menarik juga kalau selalu dapat mengikuti forum sebegini. Aku dapat melebarkan jaringan kenalan yang ada di kalangan eksekutif dan juga 'pakar'. Ada perkara baru juga aku temui semasa forum itu. Aku mendapati amat perlunya seseorang itu dikenali dan amat penting siapa yang mengenalinya. Wah, ini antara politik kerja yang aku belum mahir. Pakcik NPNL tegur juga aku masa forum itu. Ehe, aku tercakap ayat yang kurang elok bunyinya walaupun sangat penting mesejnya. Aku harap orang-orang yang ada di situ tidak terasa atau tersinggung. Masa forum itu juga, aku selalu pula berbual dengan bekas pengurus senior aku. Masa makan pagi dan juga masa naik kapal terbang! Mungkin Tuhan mahu begitu. Pengurus ini asyik menceritakan perasaan dan susahnya berjauhan dengan keluarga. Hmmm... mungkin dia lebih memahami kes aku sekarang berbanding dahulu. Aii ... apa yang aku tulis ni?
- Get link
- X
- Other Apps
Alam ini memiliki seribu satu rahsia yang amat luas.Kehidupan ini juga menyediakan pelbagai pengajaran bagi kita.Aku memerhatikan,lalu mendapati kita terlalu fokus terhadap diri sehingga terlupa hakikat tugas kita yang sebenar.Kita akan ditanya akan tugasan itu dan sejauh mana telah kita usahakan,bukan sebaoyak mana hasil yang kita dapati.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku menantikan saat di mana keperitan lahir dan batin ini akan berakhir.Satu persatu diuji keatasku.Sikapku yang mudah mengalah menjadikan keadaan semakin parah.Walaupun secara fisik aku memiliki segalanya,aku seolah telah kehilangan segalanya.Oh tuhan,aku yakin Engkau Maha Adil lagi Maha mengetahui.