Posts

Lama tak update blog ini.Aku lebih kerap mengupdate coretan dalam facebook.Sekarang berada di dalam bas,menuju ke airport.Flight ke Miri awal malam ini,betul-betul dekat dengan waktu berbuka.Tadi,hatiku sangat tersentuh melihat anakku melambai ke arahku.Bilakah aku akan dapat luangkan lebih masa untuknya?
Image
I am thinking positive things,good things to come and removing all negative thoughts starting from now.I will be experiencing goodthings which I dreamt all this time.This will be the moment! Let's march forward to it!
Agak lama aku tidak menulis blog ini. Kini, orang ramai lebih bertumpu kepada website sosial seperti facebook dan twitter. Aku merasakan jiwaku begitu down beberapa lama. Mengapa? Aku melihat keadaan diriku ini yang kuanggap malang. Sedar tidak sedar, sudah hampir lima tahun hidup begini ... ada keluarga, tetapi masih hidup macam orang bujang, tidak nampak harapan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. Ditambah dengan perubahan yang aku lihat pada anakku dan isteriku. Ditambah dengan suasana sekeliling yang lemah dan kelihatan makin lesu . Lebih menyedihkan hatiku bila melihat kehidupan yang lain yang kuanggap lebih bahagia dan lebih hidup dari apa yang aku miliki. Semua itu memakan diriku sedikit demi sedikit, sehinggakan memberi kesan terhadap fizikal dan menta l ini. Dari segi material, aku diberi banyak benda . Aku diberi pekerjaan yang menarik dan gaji yang agak lumayan. Aku ada keluarga. Aku memiliki kemahiran-kemahiran. Aku masih boleh makan apa yang aku mahu.... Tetapi...
Motivasi merupakan minyak yang menjadi pembakar semangat kepada hati manusia di kala ia lemah. Ia datang dari orang lain atau dari dalam diri sendiri, bergantung bagaimana kita memperolehinya. Aku diuji dan diuji sehingga kini, menjadikan diriku menghargai setiap motivasi yang boleh aku cari. Melihat keadaan orang lain yang seolah-olah lebih baik dari keadaanku, menajdikan aku makin lemah. Namun, sesekali aku berundur ke belakang. Aku berfikir seketika akan kehidupan ini. Aku ingin keluar dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dengan itu, timbul satu semangat baru... semangat untuk merubah keadaan!
Kita perlu bersemangat dalam menghadapi kehidupan ini. Cabaran dan ujian pasti datang, dan kekadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam sekelip mata kehidupan yang seronok akan menjadi sengsara. Oleh itu, kuatkan semangat tatkala diuji.  Bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan, jadi .. jangan putus asa dari rahmatNya!
Aku tidak terbang pulang hujung minggu ini. Hanya di bintulu, dengan program dan aktiviti yang ada : qiyam dan pertemuan dengan teman-teman membincangkan perkembangan dan arah seterusnya tarbiyah di sini. Kini aktiviti umum untuk remaja agak perlahan di sini. Ia sangat ketara kerana aku, YHY, MFSI dan SSI kurang tidak dapat memberikan tenaga dan masa untuk program umum remaja di sini. Ditambah dengan ZD yang sudah tidak mahu melibatkan diri. Kini suasana di sini agak sunyi pada pandangan orang awam. Aku, YHY, UAFH, UAS dan lain-lain mula menukar fokus. Kukuhkan tiang asas sebelum dibesarkan bangunan. Mantapkan tapak sebelum diletakkan batu-bata di atas. Aku harap, dengan fokus sebegini akan melahirkan lebih banyak kekuatan untuk menyampaikan kebaikan dan risalah ini kepada masyarakat di sini.
Image
Aku sangat sukakan sunset.Ia melahirkan suasana yang aku suka:tenang,sejuk,cantik. Aku sempat mengambil gambar dalam perjalanan ke lapangan terbang. Maha suci tuhan yang maha agung.
Aku baru selesai menghadiri forum elektrik dengan teman-teman sesama syarikat. Hm, menarik juga kalau selalu dapat mengikuti forum sebegini. Aku dapat melebarkan jaringan kenalan yang ada di kalangan eksekutif dan juga 'pakar'. Ada perkara baru juga aku temui semasa forum itu. Aku mendapati amat perlunya seseorang itu dikenali dan amat penting siapa yang mengenalinya. Wah, ini antara politik kerja yang aku belum mahir. Pakcik NPNL tegur juga aku masa forum itu. Ehe, aku tercakap ayat yang kurang elok bunyinya walaupun sangat penting mesejnya. Aku harap orang-orang yang ada di situ tidak terasa atau tersinggung. Masa forum itu juga, aku selalu pula berbual dengan bekas pengurus senior aku. Masa makan pagi dan juga masa naik kapal terbang! Mungkin Tuhan mahu begitu. Pengurus ini asyik menceritakan perasaan dan susahnya berjauhan dengan keluarga. Hmmm... mungkin dia lebih memahami kes aku sekarang berbanding dahulu. Aii ... apa yang aku tulis ni?
Image
Alam ini memiliki seribu satu rahsia yang amat luas.Kehidupan ini juga menyediakan pelbagai pengajaran bagi kita.Aku memerhatikan,lalu mendapati kita terlalu fokus terhadap diri sehingga terlupa hakikat tugas kita yang sebenar.Kita akan ditanya akan tugasan itu dan sejauh mana telah kita usahakan,bukan sebaoyak mana hasil yang kita dapati.
Image
Aku menantikan saat di mana keperitan lahir dan batin ini akan berakhir.Satu persatu diuji keatasku.Sikapku yang mudah mengalah menjadikan keadaan semakin parah.Walaupun secara fisik aku memiliki segalanya,aku seolah telah kehilangan segalanya.Oh tuhan,aku yakin Engkau Maha Adil lagi Maha mengetahui.
Wah. Lama tak tulis blog nih. Minggu lepas aku ke loji gas asli brunei, satu loji gas asli berdekatan dengan tempat aku kerja (dalam 300km+). Selama di sana, aku menjadi 'specialist' dan dilayan seperti itu, meskipun gajiku sangat kecil jika dibandingkan dengan apa yang aku 'buat'. Di sana, aku dapat memerhatikan budaya kerja di sana. Agak menarik. Waktu solat, kontraktor dan pekerja solat berjemaah di surau. Waktu habis kerja, semua orang terus balik, kurang kelihatan orang yang 'stay back', seperti di tempat kerja aku sekarang. Hampir setiap malam aku dibelanja makan. Dapat merasa masakan di Brunei, menarik sekali. Perkara yang menarik perhatianku semasa di sana, syarikat induk kepada loji itu tidak mempunyai 'specialist' sepertiku (dan seorang lagi teman sekerjaku di bintulu). Wah, ia suatu penghormatan terhadap pengalaman yang aku lalui. Hmmm ... aku masih mengira-ngira, apakah aku harus ....
Image
Alam ini begitu indah.Aku memerhatikannya,lalu mendapati ia mencetus kedamaian di dalam hati.Pagi tadi aku berada di tepi taman tasik SA bersama teman-teman zaman student dahulu.Terlintas kisah lama dan kisah baru,mengongsi status sekarang.
Image
Aku terfikir tatkala aku berjalan di LCCT tadi.Telah empat tahun berlalu,dan aku sering bersedih dan kecewa dengan keadaan.Aku tidak perasan bahawa empat tahun itu menjadi persediaan bagi diriku untuk ke tahap seterusnya.Aku merasakan seolah ada sesuatu yang berubah dari dalam diriku yang diperasan oleh YHY.
Image
Apabila melihat kepada air terjun, timbul rasa tenang di hati. Rasa seronok pun ada juga. Aku duduk-duduk menikmati suasana di situ, melihat teman-teman bermain-main di tepi dan dalam air (yang tidak dalam). Barangkali ini sebabnya Tuhan menceritakan bahawa di syurga terdapat air sungai yang mengalir. Begitu seronok dan tenang bila mendengarnya, apatah lagi bila melihat dan berenang di dalamnya.
Image
THE white kancil finally arrived in Kuching last Friday! We went for a very interesting road trip. It reminds me about my previous road trip with MARMAR and others in Wira SE all the way to alaphong. Today some of my friends who joined the trip took day off to recover. I did not, and I was very weak in the office. The 600+ kilometers was quite challenging for me and my friends, but we manage to pull it off till the end. In Kuching we went around town and also went to see some natural places in suburbs nearby. I also met lots of old friends and some new ones. The drive home also interesting as our group have to endure 5 hour plus of heavy rain on the road, starting from Sibu to our home. I could not drive more than 60 km/h due to visibility and road condition. All in all, it was an interesting adventure. I never thought my Kancil travelled far south, but it finally did.
Semalam aku mendengar nasihat dari seorang teman. Nasihat yang begitu mendalam lalu menjadikan aku melihat kehidupanku dari sudut yang lebih lain. Nasihatnya begitu simple, tetapi kesannya besar dalam kehidupan... at least kehidupanku "Dalam surah al fajri, ayat yang akhir.... "Kembalilah kepada Tuhanmu wahai jiwa yang tenang." . Jiwa yang tenang di saat kematian. Jiwa yang tenang di saat ia masih hidup. "Kalau kita lihat dalam kehidupan, jiwa kita jarang sekali tenang. Selalu gundah gulana, sedih, keciwa, marah, lemah semangat... disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa. Orang yang nampak mewah dan menerima banyak kenikmatan belum tentu tenang...seperti sang kaya yang memasang begitu banyak sekuriti di rumah, sehinggakan tidak mengizin orang mengambil gambar di depan rumahnya. Jiwa yang tenang ini sungguh luarbiasa... kerna jiwa yang tenang ini : memiliki hubungan yang begitu baik dengan Tuhannya, dan ia mengetahui dan menerima hakikat bahawa segala yang dia al...
Image
Melihat kepada kad hari lahir yang isteriku buat untukku,aku tersenyum sendirian.Bersyukur aku kerana mendapat teman dalam hidup ini.
Image
Today I am 28 years old at 4am this morning. Thanks to Allah for life and memories given.I wanted to walk my life and fulfill my dream again.Words from my housemate to me,which I will remember for this special day:'If we do,it may change,it may not.If we do nothing,nothimg will ever change'.
Image
Everything which has beginning must have an end (except Him).As I walked through esplanade unfinished site,it became clearer.Last week,I was a emotionally unstable.I was thinking of how bad I am now and I cannot do anything about it.It is true to certain extent,because I haven't done good enough.Life will change when we do changes to it,like today.
Image
Life teaches us its lesson the hard way. The syllabi made us felt very painful in our heart. However...those lessons made us grow up. It also made us a stronger and tougher person.