Setiap amalan itu berdasarkan apa yang ia niatkan..... Hadith ini ada memberi impak serba sedikit kepada kehidupanku. Ada beberapa ketika,aku mendapati .. benda yang aku niatkan itu menjadi dan berlaku seperti yang aku niatkan.
Posts
Showing posts from December, 2005
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam aku bermalam dan beribadah bersama anak2 muda di bintulu ini. Seronok bila melihat mereka ingin bersama2 beribadah dengan kita, malah mula menambahkan bibit2 persahabatan dan ukhuwwah dengan kita... Namun, dalam gembira2 ini, terasa sedih hari ini, kerana mengenangkan lagi ramai yang tidak sedar akan realiti hidup ini dan hidup tanpa tujuan dan hanya ingin berseronok sahaja. Malam ini menyaksikan betapa ramai belia dan remaja yang masih belum tahu apa tujuan hidup mereka, melainkan ingin memenuhi keinginan nafsu semata2. Kuatkan semangat. Mari mencari orang2 yang ingin mengubah dunia!
- Get link
- X
- Other Apps
Duhai diri... Usahlah bersedih dengan nikmat yang engkau belum miliki. Bergembiralah dengan nikmat yang telah engkau perolehi. Hatimu akan resah gelisah melihatkan orang yang lebih darimu. Walhal engkau sebenarnya sudah lebih dari orang lain. Cuma engkau tidak mengetahuinya. Usah bersedih andaikata doamu belum lagi kelihatan.... Kerana ... tuhan memberikan apa yang engkau perlukan,bukan yang engkau mahukan. Janganlah bersedih. Kuatkan semangatmu.
- Get link
- X
- Other Apps
Aku teringat perbualanku dengan 'the intelligent one' semalam semasa pulang dari tempat kerja. Dia berkata .. "Macam mana kita nak ukur ke'workaholic'an seseorang atau kesibukan seseorang (dalam bekerja)?" Aku tidak tahu. Dia pun menerangkan kepadaku "..tahu tak, sahabat mana yang paling sibuk?" .. Aku puas meneka, tapi tak betul. Keciwa aku. Dia pun menerangkan lagi "...ingat tak tsa'labah?" Aku mula nampak, apa yang dia maksudkan. Kalau berdasarkan kisah tsa'labah, mula2 dia miskin, pastu minta nabi doakan supaya dia kaya, lepas tu dia mula kaya. Mula2 dia akan balik cepat2 lepas solat berjemaah. Lepas tu dia mula jarang2 solat berjemaah, last2 tinggal solat jumaat je. Jadi, apa agaknya kayu ukur keworkaholican kita atau kawan kita? SOLAT JEMAAH! ... Kalau kita kerja banyak, tapi dapat maintain solat berjemaah ... maknanya kita taklah terlalu workaholic. Tapi, kalau kerja sampai tak ada masa untuk kerja islam ... macam mana pula?
- Get link
- X
- Other Apps
Pagi ini aku pergi kerja sebelum subuh. Solat subuh di tempat kerja. Mujurlah ada orang kat sini, dapatlah solat berjemaah. Hmm ... kalau orang yang betul-betul nak bekerja demi syarikat dan negara, barangkali mereka akan datang seawal-awalnya dan balik selewat-lewatnya. Pada masa yang sama, mereka cuba pastikan orang perasan atau tahu dia kerja awal dan balik lambat, supaya dapat impresi bahawa dia seorang yang kerja keras. Apakah yang orang itu akan dapat? Ketenangan? Kepuasan hati? Kebahagiaan? Atau ... lebih menambah keletihan dan tekanan di jiwa ....
- Get link
- X
- Other Apps
Tatkala hatiku berasa kurang elok terhadapnya hari semalam dan sebelum semalam, Dia datangkan sesuatu dari jalan yang tak ku sangka untuk menghilangkan rasa kurang elok itu pada malam tadi. Subhanallah. Engkau memang Maha Berkuasa lagi Bijaksana. Engkau memang betul-betul menjaga hati kami. Engkau telah memperkenankan doa itu. Engkaulah yang memberi petunjuk jalan. Terima kasih. Segala puji bagi engkau.
- Get link
- X
- Other Apps
Kekadang kita rasa amat sedih bila memikirkan nasib yang menimpa diri kita. Lagi sedih bila menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk di masa hadapan. Kita akan jadi lemah dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi malas untuk berbuat apa-apa. Kita akan menjadi pasrah terhadap apa yang berlaku. Lebih teruk lagi, kita akan membenci keadaan kita ini. Kita akan rasa dengki dan tak suka kepada orang lain yang berada dalam keadaan yang lebih baik dari diri kita. Kita akan terus berasa sakit di dalam hati dan jiwa. Kita akan berkata "Seronoknya dia, dapat itu .. dapat ini" Namun, kalau kita renung kembali.... segalanya telah ditetapkan oleh Allah. Masa kini, masa lampau dan masa depan semuanya ditentukan dan diatur olehNya. Tatkala kita melihat manusia lain bergembira dengan nikmat yang diberikan, kita terlupa untuk melihat manusia yang diuji lebih teruk dari kita. Kita tidak tahu bahawa ... kalau mereka melihat kita, mereka akan rasa benci kat kita dan dengki kat kita. Pernah aku den...
- Get link
- X
- Other Apps
Setiap kali kita melambai kepada orang, orang akan melambai balik kepada kita. Itu hanya berlaku andaikata ada kemesraan antara kita dan dia. Orang yang tidak ada kemesraan tidak akan melambai balik. Orang yang tidak mengenali tidak akan melambai balik. Ramai mana orang yang akan berbuat begini kepada kita bila kita melambai kepada mereka?
- Get link
- X
- Other Apps
Bila melihatkan keputusan undian tu, ada la kawan-kawan yang bersedih dan marah.Namun, what has done is done.Apa yang telah berlaku sudah berlaku.Kalau nak marah dan kecewa sehabis-habisnya,ia tak akan mengubah apa-apa. Jadi, marilah kita sama-sama berusaha membangunkan manusia dari tidur, menjadikan mereka sedar akan hakikat hidup ini, dan juga hakikat mereka di sini. Daripada kita memarahi dunia yang gelap,lebih baik kita menyalakan lilin:)
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam, beberapa remaja di bintulu memulakan perjalanan mereka ke kuching. Jam 9 malam mereka menaiki bas dan bertolak. Aku tersenyum tatkala melihat mereka begitu seronok menaiki bas itu. Teringat aku kepada suasana masa winter trip dahulu. Aku ingat lagi masa tu, aku dan kawan2 aku memasukkan barang ke dalam van pada waktu malam (tapi dah dekat pagi) ... dan memandu van menuju ke adelaide. Wah, fehlongnya. Tatkala aku melihat jadual program untuk remaja bintulu ini, aku tersenyum lagi. Sangat padat, sangat menarik. Setiap kali stop, ada sahaja ceramah dan juga kena buat hafalan. Sekali lagi aku teringat masa bermusafir dahulu ... aku menghafal hadith2 pilihan bersama adik dan kawan2. Kini, aku tak berpeluang untuk mengembara dengan bas seperti ini. Yang aku buat setakat ini hanya menaiki kereta menuju ke tempat yang jauh untuk berkhemah atau memberi khidmat masyarakat kepada orang2 tempatan yang di pendalaman.
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini betul2 menguji aku. Aku nak repair toilet. Tiba2 spare part yang aku beli tu rosak. Cuba punya cuba tak jadi. Dahla masuk maghrib lak. Memang aku rasa marah2 gak. Tapi, bila difikirkan balik, Allah dah kasi aku pengetahuan untuk membaiki flush. Aku tengok si HT dan si F tak dapat berbuat apa2 melainkan melihat sahaja. Mereka sendiri tak berani nak buat. Semoga ilmu baru yang dapat ini bermanfaat.
- Get link
- X
- Other Apps
Sejauh mana kita telah menggunakan potensi dan tenaga kita untuk islam? Mengapa ada sahaja alasan dan masalah yang menyebabkan kita tidak bergerak? Bla kita sakit, atau isteri sakit, atau anak sakit, atau ada jamuan, atau ada jemputan ... kita menjadi lemah dan mendiamkan diri. Namun, peliknya pula bila kena pergi kerja, kita menggagahkan diri. Bila kita dijemput untuk pergi ke sebuah kampung untuk aktiviti sosial dan islam, bila kita dijemput untuk ke majlis ilmu ... kita akan tidak pergi bila ada sahaja alasan kecil. Namun, bila kita dijemput ke majlis yang seronok, bila kita diajak berjalan dan bersiar-siar untuk berseronok, kita akan pergi walaupun ada alasan besar. Berikanlah kami kekuatan untuk bergerak. Amiin.
- Get link
- X
- Other Apps
Tadi mengemas library department aku. Aku melihat pekerja2 am memasukkan buku2 ke dalam kotak. Aku melihat mereka menyumbat dengan kasar. Mereka tidak mengetahui nilai buku2 library itu. Hanya Engineer sahaja yang mengetahui nilainya kerana engineer faham apa nilai maklumat dalam buku itu. Begitu juga dengan iman dan islam dan dakwah. Hanya orang yang faham sahaja tahu nilainya.