Sejak aku di foundation sehingga sekarang, aku dapati manusia di negara ini kebanyakannya tidak jaga solatnya, terutamanya solat subuh. Semasa di bangku sekolah aku sangka tak ramai atau tak ada sangat orang yang tak jaga solat. Rupanya realitinya berlainan sekali. Terutamanya bila negara ini mengiklankan iklan islam versi maju (tapi guna service pack barat).

Setiap kali aku menyewa, atau tinggal di luar, aku dapati akan ada orang yang lewat atau tinggal solat subuh. Ada orang yang lewat atau tinggal solat maghrib. Mereka begitu selesa dan amat relaks dengan perbuatan itu. Adakah mereka boleh menjawab bila bertemu dengan tuhan nanti?

Kasihan.

Nampaknya kegemilangan islam yang diidamkan sangat jauh masanya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany