Beberapa hari yang lalu begitu banyak benda yang berlaku.

Sabtu lepas junior aku kahwin (actually hari jumaat malam tu dah akad nikah). Sorang lagi dah bina rumah.
Ahad lepas aku pegi gathering raya student australia. Actually gathering student dan x-student. Ramai gak yang datang. Dapatlah berjumpa dengan al-emann dan aish dan juga junior yang baru jek kahwin. Wah, baru kenduri semalam, hari ini sudah pergi program. Ehe, idea untuk komik ni :)

Ahad malam, aku naik bas ke Kertih, sebab pagi esoknya aku kena ikut senior manager aku untuk projek yang dia sedang buat kat sana. Aku terlajak ke dungun malam tu. Patut berhenti kat Awana jek.
Isnin pagi, aku dapati kereta dan teksi tak boleh pergi ke kertih sebab air sudah naik kat air hitam dan kg nyior.

Aku rasa cam hopeless jek. Camne nak pegi kertih ni? Aku tawakkal jek. Aku nampak bas harian (HIMDA) lalu depan dungun (kat kawasan hospital). So aku naik je la bas harian tu. Wah, pertama kali aku naik bas lalu atas air paras lutut. Masa tu ingat lagi, ada kancil daring gila, dia ikut belakang bas, tapi akhirnya tersangkut juga di tengah jalan. Kesian.

Isnin sampai semalam(Khamis), aku ikut SM dan geng buat projek ni. Interview orang2 kat sana untuk cari maklumat utk projek ni. Setiap malam pula, meeting sampai kol 12 malam. Tak ada masa nak jalan2 kat sekitar Awana yang cantik tu. Lama aku tak mandi air laut. Mungkin lain kali kot.

Petang semalam naik kereta dengan SM dan supervisor. Dari Kertih ke KL. Rasa cam pergi trip kat aussie lak.

Hari ni keje kat KL semula. Gila penat. Bos aku pun penat. Tengah hari ni dia off nampaknya. Orang lain cuti ari ni.

Comments

Popular posts from this blog

Germany