Bingkisan surat dari seorang rakan.....

"Kau yang pernah kukenali dulu adalah seorang yang tabah dan cekal. Yakin dan kuat pegangan. Berkebolehan dan berkemampuan. Tenang dan sabar. Menjadikan kau seorang yang sangat istimewa dan menjadi inspirasi buat ramai adik-adikmu. Lantas kau dapat menangani masalah dan rintangan dengan baik. Bukan setakat itu, kau turut membantu insan-insan lain menyelesaikan masalah dan kesusahan mereka. Dan aku mengharapkan kau masih lagi seperti yang kukenali dulu. Matang dan tenang menghadapi kesulitan. Melihat rintangan bukan sebagai risiko, tetapi sebagai peluang. Mentafsir keseorangan bukan sebagai terpinggir, tetapi sebagai berdikari. Menterjemah peristiwa-peristiwa yang kau hadapi dengan warna-warna yang ceria dan menggembirakan."

..... ehe, saya masih di sini. Kuatkan semangat!

Comments

Popular posts from this blog

Germany