Posts

Hati itu .... Allah yang punya

Dalam membimbing manusia .. . ada yang akan menuruti jalan yang kita lalui, ada yang akan ketinggalan, dan ada yang akan meninggalkan kita lalu menuruti jalan yang lain. Kita sangat berharap agar mereka yang dibimbing akan berubah menjadi lebih baik dari kita... Namun, tak semua akan menjadi seperti yang kita harapkan... Ada yang ikut acuh tak acuh ... Ada yang memilih untuk mengikut jalan yang lain ... Bila sedemikian terjadi, hati ini menjadi sedih ,,, dan adakalanya sangat down ..... Mengapa ia berlaku? Aku merenung ... ... lalu aku dapati, rupanya terdapat mesej yang sangat besar! Allah nak beritahu kita .. bahawa hati itu Dia yang punya. Dialah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki! Moga Allah memberi hidayahNya kepada kita dan mereka ,,,,

pengajaran dari kampung

Hari ni aku balik dari kampung. Seperti yang disebut dalam berita dan internet ... hari ini, perjalanan jem luar biasa. Namun, kami sekeluarga teruskan juga perjalanan untuk kembali ke rumah. Biar perlahan ... asalkan sampai! Terlintas padaku satu pengajaran dari keadaan ini... Kalau kita di jalan yang betul  ... usaha macam mana pun .. jem macam mana pun tak akan sampai ke destinasi Begitu juga kehidupan .. walaupun susah, lambat laun kita akan sampai ke destinasi yang kita semua nak tuju .. iaitu syurga-Nya! Oleh itu, pastikan ... doakan agar jalan yang dipilih itu ... jalan yang betul. Bukan jalan yang salah ...

Hari Raya Aidil Adha

Image
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Di sini ... kami solat raya di kawasan lapang (extension masjid .. sebab terlalu ramai orang). Ia mengingatkan aku kepada sirah Nabi SAW. Di zaman baginda .. mereka solat Aidil Adha di dataran.

Hari Arafah

Hari ni manusia seluruh dunia berwuquf di Arafah. Cuma di Malaysia ... hari ini masih 8 Zulhijjah. Timbul beberapa pendapat berkenaan bila hari yang patut berpuasa hari Arafah. Puasa ini sangat besar ganjarannya. Diampuni dosa selama 2 tahun! Boleh puasa hari ini (sebab orang berwuquf) atau esok (sebab 9 zulhijjah). Lagi power kalau puasa dua-dua hari. Lagi power kalau puasa sejak 1 Zulhijjah. Yang penting ... jangan lepaskan peluang berpuasa ini.

Pertunangan Adik

Image
Alhamdulillah. Pada hari ini berlangsung majlis pertunangan adik kedua dalam keluarga, KB. Majlis berjalan dengan baik. Ramai saudara-mara sebelah mak dan ayah datang. Bakal tunang serta rombongan pun ramai yang datang. Makanan dimasak bergotong-royong di rumah. Tu pun ada kuih-muih dibawa oleh mak saudara. Moga Allah memudahkan urusan perkahwinan mereka di hujung tahun ini... serta mengurniakan keluarga yg bahagia serta sakinah.

Pemgalaman di pagi hari

Image
Pada pagi ini Fatih menangis sebab sakit perut. Sangat kuat. Mak De mendiagnose dan merasakan ia adalah sakit disebabkan angin. Kemudian kami ambil keputusan untuk ke KK Mentakab untuk mendapatkan diagnosis MA dan ubat angin. Setibanya di sana, MA membuat diagnosa. Namun, dia merasakan diagnosa lebih mendalam perlu. Dan perlu dibuat di Hospital! Lalu Fatih serta ummi naik AMBULANS! (Ni adalah pengalaman menarik buat Fatih!). Ambulans bergerak sangat laju. Lampunya bernyala-nyala dan aku tak dapat mengikutinya dari belakang. Sstibanya di hospital HOSHAS, kami pun daftar di kaunter kecemasan. Aku dapati rupanya kecemasan ada beberapa tahap (di situ dipanggil Triage); Hijau, Kuning, Merah dan Ekspres. Hijau adalah yg x mengancam nyawa, Merah yg paling mengancam nyawa, Ekspres adalah untuk kanak2 bawah 5 tahun, org tua dan staf jabatan kesihatan kerajaan. Di situ juga nombor giliran yg kita pegang x ikut urutan. Ia dipanggil mengikut tahap kecemasan setiap ora...

Pengalaman melawat tapak projek

Image
Hari ini aku melawat tapak projek. Dapat melihat sejauh mana persiapan tempat bagi urusan pembinaan loji janakuasa yang besar itu. Aku memerhatikan kampung dan penduduknya... Tahun hadapan barangkali semua ini akan dipindahkan dan hanya tinggal kenangan ...

Gotong-royong #Ramadhan

Image
Alhamduillah. Segala puji bagi Allah. Hari ini aku berkesempatan untuk bergotong-royong bersama ahli kariah masjid al-Iman membersihkan masjid sempena Ramadhan. Aku menolong memvakum karpet ruang solat. Sempat juga minun teh dan sembang dengan ahli kariah. Akhirnya .. tercapai niatku. Dah 5 tahun di sini tapi tak berkesempatan untuk melakukannya. Moga Allah memudahkan urusanku untuk muayashah dengan kariah ini ...

The last day ...

Image
Last night was last night for our halaqah group. We had Syrian-Jordanian themed meals at SS15 area. This group was the longest group which I joined, compared to previous ones .. which last between 1 to 3 years. Next week will begin new adventure with some new faces. It is still in IkSJ though... Thank you to UHO for guidance given to us and for your patience handling the team.

Bandung

Image
Alhamdulillah. Dari 8 Jun hingga 11 Jun aku, isteri, anak-anak serta mak ayah mertua melancong ke Bandung. Ini adalah pertama kali aku ke Indonesia. Aku mula-mula risau akan kesulitan yang mungkin timbul bila di sana. Namun, Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan baik. Kami berlepas dari KLIA2 yang selesa dan moden. Ia tidak seteruk LCCT, cuma masih perlu berjalan jauh ke terminal antarabangsa. Setibanya di sana .. kami disambut oleh Pak Agus, selaku supir (pemandu) serta tourist guide kami.Malam pertama, kami makan di Restoran "Sederhana" (Masakan Padang) .. makanan padang. Lauk pauk diletak di atas meja. Mereka hanya caj lauk yang dimakan sahaja. Pada masa itu, kelihatan satu bas penuh dengan orang Malaysia turut singgah makan. Setelah itu kami ke hotel SukaJadi, yang agak selesa untuk kami. Hari isnin .. kami ke Tangkuban Prahu, kawah gunung berapi yang masih berasap. Di sana .. ramai penjual barang mengekori kami untuk menjual barang m...

MyGMJ 2014

Image
Pada malam ini MyGMJ (Malaysia - Global March to Jurusalem) berlangsung di Shah Alam. Alhamdulillah. Langit cerah dan terang. Event berjalan dengan baik. Aku datang untuk berjumpa dengan ahli diskusi, sebab berjanji untuk minum. Namun, tiada memberi respon bila aku bertanya kehadiran mereka di saat itu. Aku bertemu dengan teman-teman lain dari Penang, Kuala Selangor, PJ dan SJ. Malah aku bertemu dengan sepupu ipar beserta teman seusrahnya. Pada malam itu, banyak aktiviti yang berlangsung; sajak dideklamasikan oleh Pak Agi, tarian tradisional oleh pelajar palestin di Malaysia, lagu berkait palestin oleh Faizal Tahir, ucapan oleh ayah Faizal Tahir (err.. encik Tahir) dan flashmob ... Aku bergerak balik kerana menjangka tiada yang datang. Tatkala aku sudah memasuki lebuhraya persekutuan, barulah AAAT memaklumkan bahawa dia sebenarnya datang. .... jika tiada rezeki untuk minum teh ... memang tidak akan dapat minun teh..

It's Signed!

Image
Today was my first in my life witnessing a real signing ceremony of a very large contract by large corporations. The event was formal. Everyone wears necktie and blazer/coat. Big names from involved parties were there. This event marks important milestone to the project that I did. It has firmed in the execution phase of the project. Unfortunately only three of the team members from the Front End Enginnering were there (most of us were away on holiday). Most of the audience were representatives of the project owner. No press was observed.

Makanan haram

Minggu ini heboh pasal babi dalam Cadbury... ... sehingga ada yang mahu samak mulut dan buat blood transfusion!! Tidakkah mereka sedar .. duit rasuah, judi, arak dan (duit) yang dicuri pun haram dan akan menjadi darah daging mereka!

Piala Thomas

Setelah 22 tahun menunggu, tiba-tiba kelihatan pasukan badminton berpeluang untuk menang. Namun, pasukan yang dihantar adalah untuk semi final, bukan untuk memenangi piala yang berprestij ini. Perlawanan yang berlaku luar jangkaan. Malaysia menang set pertama, kalah set kedua dan ketiga, menang set keempat dan kalah set kelima. Namun ia kalah dengan penuh bermaruah. Ia kalah setelah berlawan bermati-matian. Sesuatu yang boleh dipelajari dari Piala Thomas kali ini... yang aku boleh kaitkan dengan kerja di jalan ini : Pengajaran pertama: Kekadang Allah memberikan kepada kita peluang untuk menang .. dalam suasana yang di luar jangkaan kita Pengajaran kedua: Kita perlu bersedia sehabis baik. Jangan nanti bila Allah beri peluang, kita kalah disebabkan bacaan Quran yang tak konsisten, qiam yang ada tak ada, ukhuwwah yang kering dan jarang, tsiqah yang tidak dibina berasaskan kepercayaan...

Literally

Image
This picture speaks literally ... "Grass is always greener on the other side (of the fence)"

Hari Kesenian

Image
Hari ini aku menghadiri program kesenian sekolah SRIAAG. Ini adalah yang pertama. Pengalaman pertama sebagai ibu bapa kepada anak yang berdarjah satu. Anakku menjadi salah seorang ahli kumpulan nasyid murid tahun satu, menasyidkan salawat 'Ya nabi Salam mu alaika...' Suasana agak bising dengan bunyi anak-anak bermain di dewan atas. Aku pula sangat mengantuk sebab tamat lewat pertemuan halaqah malam sebelumnya. Namun, program berjalan baik. Alhamdulillah

Masjid Negara

Image
This picture is special... Why? The slipper. It was there before Jumaat prayer.. and it is still there. Knowing that lots of slippers stolen or taken away at other mosques ... It is awesome. It is Jumaat.

LRT .. again

Today LRT mess up again. The train got problem at Taman Paramount station. There are so many people at the station and keep on piling up ... The PA system advised customer to find alternative transport... Hmm ....

Memandu di tengah malam ...

Aku memandu sejauh 50 km hampir setiap minggu sejak bersama dengan IkSJ empat tahun lepas ... Pergi dan balik hampir 100 km .. Malah beberapa kali hampir terbabas atau terlanggar ... Jika niat tidak ikhlas, amat rugi .. Wahai Allah, kurniakan aku kesabaran dan keikhlasan ...

Kerisauan

Tadi MFSI tanya aku pasal projek timur tengah. Dia agak risau sebab bos minta resume dia. Kesian juga kat dia. Baru pindah dari bintulu, dah ada ura-ura nak ke timur tengah pula ...