Bandung



Alhamdulillah.

Dari 8 Jun hingga 11 Jun aku, isteri, anak-anak serta mak ayah mertua melancong ke Bandung.
Ini adalah pertama kali aku ke Indonesia.

Aku mula-mula risau akan kesulitan yang mungkin timbul bila di sana. Namun, Alhamdulillah .. segalanya berjalan dengan baik.

Kami berlepas dari KLIA2 yang selesa dan moden. Ia tidak seteruk LCCT, cuma masih perlu berjalan jauh ke terminal antarabangsa.

Setibanya di sana .. kami disambut oleh Pak Agus, selaku supir (pemandu) serta tourist guide kami.Malam pertama, kami makan di Restoran "Sederhana" (Masakan Padang) .. makanan padang. Lauk pauk diletak di atas meja. Mereka hanya caj lauk yang dimakan sahaja. Pada masa itu, kelihatan satu bas penuh dengan orang Malaysia turut singgah makan.

Setelah itu kami ke hotel SukaJadi, yang agak selesa untuk kami.

Hari isnin .. kami ke Tangkuban Prahu, kawah gunung berapi yang masih berasap. Di sana .. ramai penjual barang mengekori kami untuk menjual barang mereka (dan sangat persistent). Setelah itu, kami ke Hot Springs untuk merendam kaki. Setelah itu, kami ke ladang strawberi. Di sana, aku serta anak memetik strawberi. Cuma sangat sukar untuk jumpa strawberi. Seolah yang elok telah dipetik oleh tuan punya ladang.

Kemudian kami makan tengahari di restoran atas bukit (yang menghidangkan makanan Bandung)

Petang itu kami ke Fashion World, Rumah Mode dan Toko Tiga. Toko Tiga sangat terkenal dengan Jeans serta pakaian dengan harga murah (ala factory outlet). Kami selesai hari itu hampir waktu isya di sana. Setelah itu, kami pulang. Supir tak membawa kami ke tempat makan, jadi aku dan isteri berjalan ke Mall Paris Van Java (PVJ) untuk membeli makanan.

Di PVJ, kami terjumpa gelanggang ice skating. Aneh sekali gelanggang ini. Ia sangat berkabus. Seolah setting suhu terlalu rendah menjadikannya berkabus. Kami merasa lucu, memikirkan bagaimana orang akan ber-ice skating di sini.

Hari berikutnya .. kami ke Pasar Baru .. syurga shopping bagi wanita. Kami agak lama di situ .. dari pagi hingga zuhur. Pak Agus mengutuskan Pak Zul untuk menemani kami, menjadi pemandu pelancong dalam pasar baru serta memerhatikan pencopet.

Selepas Pasar Baru, kami ke restoran masakan Minang pula. Kali ini lauk dicaj menurut apa yang dimakan. Rasanya tidak sesedap restoran masakan Padang tempoh hari.

Petang itu kami ke Jalan Cibaduyut .. kedai Grutti. Di sana kami bershopping barangan kulit .. kasut, tali pinggang, selipar dan beg. Jalan ini sangat terkenal dengan barangan kulit buatan indonesia.

Malam itu aku dan isteri pergi ke Mall PVJ sekali lagi. Kali ini dengan anak-anak. Sempat merasa naik Angkutan Kota. Ia adalah van atau Unser yang dimodify menjadi bas mini. Agak sempit. Di PVJ kami membeli barang di Carrefour, terutamanya beg baru brand (American Tourister), yang agak murah harganya.

11 Jun, hari untuk pulang. Pagi itu kami ke Rumah Mode (sekali lagi) untuk membeli barang yang tak sempat dibeli pada 9 Jun tempoh hari. Selepas itu, kami ke kawasan baju (superhero) murah. Lupa nama jalan kedai. Akhir sekali kami ke Kartika Sari, tempat yang sangat terkenal dengan kek dan brownies buatan indonesia.

Tengah hari .. kami tiba di airport. Ia adalah pengalaman yang menguji kesabaran .. kerana airport sangat daif (bekas lapangan terbang tentera). 

Namun, Alhamdulillah. Segalanya telah berjalna dengan baik. Isteri, anak serta mertua kelihatan sangat gembira .. walaupun sangat penat dengan perjalanan ini...

Comments

Popular posts from this blog

Germany