MyGMJ 2014

Pada malam ini MyGMJ (Malaysia - Global March to Jurusalem) berlangsung di Shah Alam.

Alhamdulillah. Langit cerah dan terang. Event berjalan dengan baik.

Aku datang untuk berjumpa dengan ahli diskusi, sebab berjanji untuk minum. Namun, tiada memberi respon bila aku bertanya kehadiran mereka di saat itu.

Aku bertemu dengan teman-teman lain dari Penang, Kuala Selangor, PJ dan SJ. Malah aku bertemu dengan sepupu ipar beserta teman seusrahnya.

Pada malam itu, banyak aktiviti yang berlangsung; sajak dideklamasikan oleh Pak Agi, tarian tradisional oleh pelajar palestin di Malaysia, lagu berkait palestin oleh Faizal Tahir, ucapan oleh ayah Faizal Tahir (err.. encik Tahir) dan flashmob ...

Aku bergerak balik kerana menjangka tiada yang datang. Tatkala aku sudah memasuki lebuhraya persekutuan, barulah AAAT memaklumkan bahawa dia sebenarnya datang.

.... jika tiada rezeki untuk minum teh ... memang tidak akan dapat minun teh..

Comments

Popular posts from this blog

Germany