Pemgalaman di pagi hari

Pada pagi ini Fatih menangis sebab sakit perut. Sangat kuat.

Mak De mendiagnose dan merasakan ia adalah sakit disebabkan angin.

Kemudian kami ambil keputusan untuk ke KK Mentakab untuk mendapatkan diagnosis MA dan ubat angin.

Setibanya di sana, MA membuat diagnosa. Namun, dia merasakan diagnosa lebih mendalam perlu. Dan perlu dibuat di Hospital!

Lalu Fatih serta ummi naik AMBULANS!
(Ni adalah pengalaman menarik buat Fatih!).

Ambulans bergerak sangat laju. Lampunya bernyala-nyala dan aku tak dapat mengikutinya dari belakang.

Sstibanya di hospital HOSHAS, kami pun daftar di kaunter kecemasan. Aku dapati rupanya kecemasan ada beberapa tahap (di situ dipanggil Triage); Hijau, Kuning, Merah dan Ekspres. Hijau adalah yg x mengancam nyawa, Merah yg paling mengancam nyawa, Ekspres adalah untuk kanak2 bawah 5 tahun, org tua dan staf jabatan kesihatan kerajaan.

Di situ juga nombor giliran yg kita pegang x ikut urutan. Ia dipanggil mengikut tahap kecemasan setiap orang.

Bila Fatih dianalisa oleh doktor (rupa macam HO ... sangat muda), dia minta ambil sampel kencing. Masa ambil sampel, Fatih berak cair sangat banyak! Hmm.. confirm kena cirit-birit. Habis bajunya kotor dan terpaksa pakai pampers sahaja.

Setelah ambil ubat di farmasi, kami pulang ke rumah. Saudara-mara sudah ramai sampai. Bakal tunang adik serta rombongannya masih belum tiba. Nasib baik masih sempat untuk bersiap majlis pertunangan.

Comments

Popular posts from this blog

Germany