Posts

Merdeka...

Lama betul tak update blog ini. Hari ni 30 ogos. Esok hari kemerdekaan negara ini. Cuma kali ini, kemerdekaan disambut dengan tema aneh "Janji ditepati" ... serta LIMA logo kemerdekaan!

Sembang di kedai makan

Aku merasa perlunya ikhwah bersembang2 di luar bulatan untuk.merapatkan ukhuwwah yang semakin kering. Kalau tak, 'Ukhuwwah Teras Kegemilangan' akan tinggal slogan semata2

Sembang dan futsal..

Hari jumaat lepas, aku ke padang futsal exrtreme park bersama AE dan U Lah.Di sana ada beberapa ikhwah hadir,tapi tak seramai yang dijemput. Ahli sebulatan pun hanya AFMN dan UHO sahaja.Ahli bawah bulatan hanya AE,MSMS dan AAT sahaja (yang lain menghadapi keuzuran yang dibenarkan). Masa futsal diisi dengan bersembang dengan MSMS dan mengeluarkan beberapa titik peluh. Selepas berfutsal,aku dan AE ke serdang untuk bersembang dengan UqY. Semangat sekali serta segar sekali bersembang dengannya, sehingga AE berubah dari nak demama kepada sihat walafiat. Dapat juga ikuti perkembangan kesihatan adik2 di bumi bawah-bawah sana.

Kisah yang sungguh sedih

Pada hari ini berlaku sesuatu yang sungguh sedih dan memberi kesan yang amat dahsyat kepada hatiku. Secara ringkasnya, aku telah melakukan sesuatu yang berkait dengan D & T lalu menyebabkan ayahku dan ibuku merajuk. Hari ini, majlis merisik adikku ketiga bertukar menjadi majlis bertunang, dan hanya aku seorang, tanpa Husna dan Fatih serta ibunya datang meraikan majlis yang besar ini, dalam keadaan saudara-mara begitu ramai datang. Isteri dan anak2 ditinggalkan dalam majlis yang berbeza, yang boleh sahaja kami tinggalkan jika kami tahu bahawa majlis keluarga hari ini sebesar ini. Hatiku sangat remuk, lalu menjadikan aku sungguh down .... dan mula rasa sangat2 merajuk kepada teman2 D & T, terutamanya kepada 'orang2 kuat di kawasan ini'  walaupun mereka tidak bukanlah punca secara direct kejadian itu berlaku. Merajuk itu muncul bila kisah2 lampau mula kembali ke dalam minda.... Oh Allah, berikan hatiku kekuatan untuk pulih semula.

Meeting semalam...

Semalam.. ada meeting jkD. Dalam meeting pada waktu malam itu, satu agenda diperuntukkan untuk memilih calon baru untuk unit BnR. Kusangka mereka akan letak namaku,tapi tak... mereka (ahli jkD) x nak aku lepaskan tugas SUtar itu. Pelik, aku yang selalu bising pasal isu2 tarbiah, makin sayang dilepaskan ke unit lain. .... dan aku mula merasa ikhwah n akhawat dah mula rasa concern kepada tarbiah ini...
Hari ini AE menelefonku.. sungguh concern dia sebab tak hadir katibah tempoh hari... Kali ni dia declare awal tak dapat berjumpa pada malam minggu ini... kerana mengembara ke KT bersama adik2 yang bersemangat...

Pakcik

Semalam baru dapat clarification dari hj faris.Pakcik Hamide bukan dihantar balik atau nak balik (sebab merajuk).. Rupanya sebab kena renew visa .. ... alhamdulillah, nampaknya masih cerah harapan ... memang Allah sayang kat kita di sini.

Selesai..

Alhamdulillah.Program katibah berjalan dengan baik. Semalam ter'taaruf' panjang sesama ikhwah. Baru tahu ada ansk tokoh dan ada dah jafi ketua kampung. Cuma kesian kepada yang tidak datang tetapi tak maklumkan secara betul keuzuran. Moga Allah ampuni mereka.

Khamis lepas .. di bukit tinggi

Khamis lepas, usrah gorespensil telah ke bukit tinggi, kira2 sejam dari bandar melawati KL. Kami ke sana untuk menjadi pengisi serta memuayashah (bergaul) dengan pelajar2 yang sedang berprogram di sana. (Ini mengambil kira keadaan AE yang begitu bersungguh menjadi AJK kuat program di bukit tinggi). Kali ini gorespensil diuji dengan arahan berkumpul pada 830pm. Hampir semua cemerlang kerana sampai 830pm dan 845pm. Yang lewat meminta izin,dan mengejar kami yang bergerak 845pm. Hanya seorang tidak hadir, cuma terlupa memaklumkan kepada ketua gorespensil... Miga mereka diberi kekuatan adan hidayah untuk menjadi ahli saff yang hebat suatu masa nanti...

Katibah..

Malam ni ada Katibah (qiam) bersama teman2. Untuk kali ini persediaan dibuat semampunya. Cuma aku rasa masih kurang sebab tak sempat nak cari muwajih (pengisi) selepas isyak nanti. Tapi,aku mengatakan kepada diriku; tak mengapa,yang lebih penting ialah aktiviti sepanjang katibah itu (zikir,puasa di siang hari,solat tahajjud serta wiir) pasti harapnya memberi kesan besar kepada hati orang yang menyertai katibah ini. Moga Allah memudahkan...

weekend taahil

Sabtu dan Ahad lepas begitu melelahkan,tetapi memuaskan hati dan perasaan,sampai demam. Aku menghadiri pengisian hebat oleh MHE. Diterjemah oleh us M. Kali ini banyak kaedah2 pentarbiahan diajar dengan agak detail,beserta sarana dari hati dan pengalaman MHE,yang merupakan orang yang hands-on dalam pengalaman Dakwah n Tarbiah di bumi anbiya sana... Ditambah pula berjumpa dengan teman2 bersemangat beserta enche Yu Qiu Wai yang agak lama tidak bertemu. Banyak benda dapat di catch-up (terutamanya kisah2 lalu yang menyegarkan jiwa serta update hal ehwal semasa) serta memberi semangat untuk terus bekerja dengan sepenuh hati di jalan ini. Published with Blogger-droid v2.0.4

Berita...

Hmm.. Beberapa minggu lalu, keluar berita Parti Islam nak bermuzakarah dengan Parti bangsa untuk isu umat islam. Selepas beberapa ketika, parti islam menerangkan hal sebenar. Media massa salah cerita.. Mereka rupanya nak bermuzakarah dengan NGO islam yang tak mahu disebut namanya... Adakah ia NGO itu, yang lantang menegur Parti Islam .. ? Adakah muzakarah itu akan berlaku? Terkini... Parti bangsa pun nak muzakarah dengan NGO untuk isu yang sama..

Kata2..

Pepatah arab "Belanja apa dalam kocek, pasti yang ghaib akan datang" Kata2 bersemangat utk galakkan infaq :)

Jika Allah nak mudahkan...

Hari ni aku ambil cuti untuk membantu akh Sir dalam urusan berjumpa dengan ayah akhawat yang bakal bapa jadi mertua dia insyaAllah. Sir datang bersama ibunya di LCCT jam 11.20am tadi. Aku mengambilnya lalu membawa ke rumah ayah akhawat di kawasan Setiawangsa-Keramat. Mula2 kami agak gusar, memikirkan bagaimana persepsi pakcik itu... hanya berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerna Dia yang memegang hati manusia. Bila tiba di tempat ayah akhawat itu, Subhanallah! begitu ramah sekali dan begitu mesra sekali ayah akhawat itu. Siap berterus terang dan memudahkan lagi urusan yang bakal dilalui oleh akh Sir dalam membina baitul muslimnya nanti! Dia sangat berkenankan akh dan keluarga akh serta memahami akan satu sama lain! Subhanallah! MasyaAllah! Memang jika Allah ingin mudahkan suatu urusan itu, Dia akan mudahkan mengikut cara yang Dia kehendaki! Alhamdulillah. Syukur kerana semua berjalan dengan baik. Syukur kerana diberi peluang membantu seorang akh dalam usaha yang murni ini.

Kata2 osem...

UMNow menang ke, kalah ke... PR menang atau kalah ke... kerja dakwah & tarbiyyah ini mesti diteruskan! Bersemangatlah! Published with Blogger-droid v2.0.4

Facebook

Akhir2 ni aku lihat orang islam bercakaran di dalam facebook. Ia dimangkinkan dan dicedera parahkan lagi bila bertalu2 berita dan isu muncul di media masa (fatwa bersih, isu utusanmelayu letak berita lucah di muka depan... Macam2 lagi..) Ada pihak yang tegur dan komen dan ada pihak yang lawan. Apa akhlak dan tindakan sewajarnya yang perlu kita buat dalam suasana sebegini? Kalau terlibat, panas. Kalau tak terlibat pun panas (dalam hati).

Mesyuarat...

Semalam... ada mesyuarat berkenaan MPN. Aku sampai lewat, tapi ngam2 time action item aku (wakil IkSJ). Oklah, kena buat name tag dalam 100 lebih gitu. Hampir2 disuruh buat name tag untuk MPWN juga, tapi makcik2 kata mungkin tak perlu. Meeting habis bila part aku selesai. Cepat juga ya.. Aku ke pejabat IkSJ. Ingatkan nak sambung meeting pre-retreat bagi Lujnah T. Tengok2 rupanya x ada yang bincang sebab semua sangka dah siap! (sebab aku ada email template petang semalam UNTUK DIISI, tapi bila nampak template tu, sume orang rasa dah siap. Takde yang baca isinya?). Aku sembang2 dengan imam UHA. Cadang kat dia kita perlu kuatkan murabbi .... sebagai salah satu strategi lujnah T kali ini. UHA setuju. Dia kata dulu masa PJ ... tarbiyyah dia yang jaga (patutlah penuh dengan rasa ruh yang osem masa dulu!). AJ asyik kata takde masa. UHA kata, kalau kita cari pasti akan ada masa tu! Aku setuju. Bulan depan IkSJ akan buat balik liqamasulin seperti di zaman yang osem dulu. Alhamdulillah. ...

Cabaran buat kerja dakwah...

Aii ... mencabarnya nak buat kerja dakwah ini kan? Aku terfikir benda ni lately .... bila melihatkan kondisi diriku dan juga temanku di sini. Cabaran bermacam-macam ... ... kerja di pejabat yang memakan masa dan tenaga yang banyak. Yalah .. kerja dari awal pagi sampai awal malam atau lewat petang. Malah lepas habis seharian di tempat kerja, terasa letih yang amat luar biasa. Itu tidak termasuk kurang rehat sebab balik lewat setiap malam kerana menghadiri liqa dan meeting.... ... karenah keluarga yang penuh dengan majlis dan aktiviti seperti kenduri, ziarah dan makan-makan. Kita tidak boleh tinggalkan begitu sahaja, kerana mereka tidak memahami kita, dan jika diterjah sahaja, akan meninggalkan kesan buruk dan persepsi. Ada masanya kita akan miss event atau program yang best, kerana perlu meletakkan masa buat mereka.. ... perasaan hati dengan teman seperjuangan serta ikhwah. Mereka manusia, kita manusia. Kekadang ada saatnya kita rasa tak best bila berinteraksi dengan sesetenga...
Dapat mesej... Kena pergi miting esok utk persediaan MPN. Hmm... Published with Blogger-droid v2.0.4

Baru tahu jawatan...

Tadi baru dapat email dari S/U IkSJ. Baru tahu apa jawatan aku dalam IkSJ: Rabtul Am. Aku tengok tiada orang dalam AJK kecil. Hari ni baru tau apa tugas, walaupun dah dilantik dua tiga minggu sebagai AJK... Maknanya aku buat kerja unit Rabtul Am sorang2? (dahlah jadi S/U Tarb pula .... )