Cabaran buat kerja dakwah...

Aii ... mencabarnya nak buat kerja dakwah ini kan?

Aku terfikir benda ni lately .... bila melihatkan kondisi diriku dan juga temanku di sini.

Cabaran bermacam-macam ...

... kerja di pejabat yang memakan masa dan tenaga yang banyak. Yalah .. kerja dari awal pagi sampai awal malam atau lewat petang. Malah lepas habis seharian di tempat kerja, terasa letih yang amat luar biasa. Itu tidak termasuk kurang rehat sebab balik lewat setiap malam kerana menghadiri liqa dan meeting....

... karenah keluarga yang penuh dengan majlis dan aktiviti seperti kenduri, ziarah dan makan-makan. Kita tidak boleh tinggalkan begitu sahaja, kerana mereka tidak memahami kita, dan jika diterjah sahaja, akan meninggalkan kesan buruk dan persepsi. Ada masanya kita akan miss event atau program yang best, kerana perlu meletakkan masa buat mereka..

... perasaan hati dengan teman seperjuangan serta ikhwah. Mereka manusia, kita manusia. Kekadang ada saatnya kita rasa tak best bila berinteraksi dengan sesetengah mereka ni (terutamanya bila berlaku sesuatu antara kita dengan mereka). Ia jadi lagi parah bila mereka pula tak ada effort nak hilangkan rasa tak best itu. Ini perasaan yang sungguh berbahaya, kerana "... anger leads to hate, hate leads to revenge (kata2 Yoda dalam Star Wars)" ... atau lebih tepat lagi ..  "marah itu berasal dari syaitan, dan syaitan berasal dari api (ni tak ingat... kata2 ulama kot)"

... Ya Allah, kuatkanlah hati ini untuk menghadapi ujian sebegini. Moga aku diberi ketabahan dan tsabat....

Comments

Popular posts from this blog

Germany