Jika Allah nak mudahkan...

Hari ni aku ambil cuti untuk membantu akh Sir dalam urusan berjumpa dengan ayah akhawat yang bakal bapa jadi mertua dia insyaAllah. Sir datang bersama ibunya di LCCT jam 11.20am tadi. Aku mengambilnya lalu membawa ke rumah ayah akhawat di kawasan Setiawangsa-Keramat.

Mula2 kami agak gusar, memikirkan bagaimana persepsi pakcik itu... hanya berdoa dan bertawakkal kepada Allah, kerna Dia yang memegang hati manusia.

Bila tiba di tempat ayah akhawat itu, Subhanallah! begitu ramah sekali dan begitu mesra sekali ayah akhawat itu. Siap berterus terang dan memudahkan lagi urusan yang bakal dilalui oleh akh Sir dalam membina baitul muslimnya nanti! Dia sangat berkenankan akh dan keluarga akh serta memahami akan satu sama lain!

Subhanallah! MasyaAllah! Memang jika Allah ingin mudahkan suatu urusan itu, Dia akan mudahkan mengikut cara yang Dia kehendaki!

Alhamdulillah. Syukur kerana semua berjalan dengan baik. Syukur kerana diberi peluang membantu seorang akh dalam usaha yang murni ini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany