Setelah 10 tahun

Hari ini aku terjumpa ASAP (nama sebenar NMMT).

Hmm.. hampir 10 tahun telah berlalu..

Ketika itu dia mula mengenali dakwah ini...
Teringat saat aku bawa buku Computer Systems & beberapa buku lain untuk dihadiahkan kepadanya (kerana aku dan dia ambil kursus yang sama di Monash, cuma ketika itu aku sudah tahun akhir, dia tahun dua).

Teringat saat dia tidak dapat sertai winter trip sebab maknya tak kasi.
Dia memulakan langkah di medan dakwah ini ... bila aku sudah pulang ke Malaysia.

Kini dia masih laju bekerja di jalan ini .. cuma di dalam 'kapal' yang lain. Itulah ketentuan Allah yang pasti banyak hikmah di sebaliknya...

Moga dia tsabat dan dapat bersatu kembali suatu masa nanti...

Comments

Popular posts from this blog

Germany