Bintulu

Dari Ahad malam hingga malam semalam, aku ke Bintulu..
Sungguh nostalgia. Telah berlalu 3 tahun sejak aku meninggalkan daerah itu.

Kedai makin bertambah. Hotel ada yang berubah.

Aku bertemu dengan AJB, HFJ, UAS serta beberapa ikhwah yang lain.
Aku juga bertemu ikhwah baru datang dari semenanjung. Seorang guru dan seorang lecturer. Kedua-duanya berkeluarga dan berada di bintulu.

HFJ sudah berkeluarga. Cuma isterinya berjauhan di Indonesia kerana masih belajar. HFJ kini sudah ada kereta MPV. Warna putih. 'Ikut sunnah abang YHY' katanya.

Aku sempat melihat madrasah yang kini tersergam indah di kampung baru. Juga asrama putri yang hampir siap.

Aku juga dapat sertai program umum 'tadabbur alQuran' yang dikelola oleh Us Amin. Kira-kira 100 orang hadir, walaupun ia dibuat selepas isya. Medan dakwah yang sungguh mantap.

Ziarahku yang sekejap mengingatkan aku dengan banyak memori. Ia juga merecaj semangatku, melihatkan kepada perkembangan ikhwah di sana.

Moga dakwah di sana makin mantap!

Comments

Popular posts from this blog

Germany