PACA dan 5 Mei

Di sini aku aku ingin mencoret pengalaman menarik sepanjang hari ini.

Hari ini merupakan hari keramat bagi orang negara ini. Hari ini ramai menaruh harapan agar negara ini dapat merasai perubahan besar setelah lebih 50 tahun di bawah penguasa yang sama.

Hari ini luar biasa ramai orang keluar mengundi. Aku sendiri yang datang pada jam 730am, dan sudah mula beratur! Pak cik dan mak cik pun ada yang datang awal ke tempat aku mengundi itu.

Sangat bersemangat.

Jariku dicalit dengan cat biru. Aku melihat lalu meng 'instagram' jari itu.

Namun tidak lama selepas itu, whatsapp dan facebook dipenuhi cerita cat di jari boleh dipadam, walaupun tanpa sabun (.. ada yang basuh kat sinki kedai mamak sahaja!).

Aku terus memandu ke KL... kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Aku terus menerus beristighfar, dengan harapan agar ia dapat membantu urusanku dan urusan teman-teman lain yang berjuang pada hari ini..

Setibanya di tempat yang ditentukan, aku singgah di masjid dahulu. Tilawah. Istighfar. Menantikan saat shift untuk aku bermula.

Jam 3.30pm. Aku bergerak ke kawasan pengundian. Aku memperkenalkan diriku sebagai PACA. Orang parti X menunjukkan jalan.

Ramai cikgu yang jadi pekerja SPR masa tu. Ada yang baru juga dan terkial2.

Aku memaklumkan kepada abang polis dan KTM. Jam 4pm aku memulakan tugasku sebagai PA terakhir. Aku melihat PA yang lain. Ada dari Parti Y, Parti Z dan bermacam lagi. Aku memerhatikan parti X ini agak kemas cara merekod data semasa menjadi PA.. malah mereka dapat track berapa orang yang mengundi di saluran itu (supaya KTM dan pekerja lain tidak dapat menipu).

5pm. KTM menutup pintu. Lepas itu mereka mengemaskan tempat itu supaya dapat memulakan proses pengiraan. Kami rehat dalam 15 minit. Aku tidak berhenti beristighfar agar dimudahkan urusan ini.

Dalam 5.30pm mula proses mengira jumlah kertas undi. Pada mulanya pekerja tersilap kira, kerana kurang dari bilangan yang PA rekod. Selepas kira semula, baru tally. Nasib baik.

Bermulalah proses pengasingan kertas. Parlimen dahulu. Kertas ditunjuk kepada semua CA. Lepas tu diletak ke dalam kotak yang ada logo parti berkenaan. Kali ini, yang rosak adalah yang bertanda pada lebih dari dari satu kotak. Hanya satu kertas rosak sebab comot dengan dakwat biru pada beberapa kotak.

Proses pengasingan agak stress sebab mata kena fokus pada kertas, dan mencari kertas yang rosak.. dan juga memastikan kertas parti kita tak disalah masuk.

Akhirnya jam 7.40pm semuanya selesai. Agak awal berbanding saluran lain. KTM offer untuk buat salinan borang 14. Borang ini sangat penting kerana ia menjadi keputusan rasmi dari saluran itu. Setiap orang dapat salinan. Hmm.. KTM ini seorang yang jujur dan bukan orang yang nak menipu.

Setelah itu, semua kertas undi dimasukkan ke dalam sampul dan di'seal'. Semua orang tandatangan atas seal itu. Borang 13 dan Borang 14 juga dimasuk ke dalam sampul dan di'seal' juga. Semau orang tandatangan lagi.

Ketua PACA meminta agar aku tunggu sehingga barang-barang pengundian dimasuk ke dalam kereta. Cuma aku agak pelik, kerana kereta yang diguna bukan kereta polis, tapi kereta orang awam yang terdiri dari kereta yang berbagai. Ada wira, ada viva, ada livina. Hmm..

Apabila semua barang dah dimasuk ke dalam kereta. Kumpulan escort mula mengikut setiap kereta. Mat motor... dua motor akan mengekori setiap kereta.

Aku sangat penat hari ini. Tak sanggup untuk menunggu lagi. Ketua PACA mengucapkan terima kasih, lalu dia pergi ke pusat perjumlahan bersama seorang CA yang masih larat. CA masih diperlukan, in case kena buat kiraan semula di pusat perjumlahan undi.

Setiba di rumah aku pasrah kepadaNya atas apa keputusan yang akan diberi.

Di kaca TV, keputusan tidak konsisten. Di laman web pun sama. Pihak pakatan dah declare kemenangan pada awal malam. Barangkali berdasarkan maklumat dari CA di setiap saluran undi yang ada.

PAda hampir tengah malam, barulah keputusan mula keluar.

Jam 1245pm. Pengurusi SPR bergegas di depan kamera lalu mengumumkan .... parti pemerintah masih sama seperti dahulu. Aku terus tidur selepas itu dengan sedikit rasa sedih...

... esok tidak cuti...
... esok masih sama, atau lebih teruk dari sekarang ini ...

Kepada Allah aku berserah segalanya. Kerja masih banyak. Jalan ini masih panjang. Aku yakin, kita masih belum memenuhi syarat yang dikehendakiNya untuk merasai perubahan itu...

Comments

Popular posts from this blog

Germany