Hari ini agak sunyi. Hmm, semua orang kelihatan melepaskan lelah bekerja minggu yang lalu.

Mungkin petang ini kita lihat orang berpusu-pusu untuk balik ke tempat tinggal masing-masing, setelah menziarahi keluarga masing-masing. Esok mereka akan bekerja. Nanti akan dapat kita lihat jalan yang penuh dengan orang dan stesen bas yang penuh dengan orang.

Semua orang melakukan rutin yang biasa. Rutin ini berterusan sepanjang hidupnya. Semua orang berpada dengan rutin ini. Malah tidak mahu melepaskannya.

Sedar tak sedar, kita mengejar dunia ini. Kita kata kita nakkan akhirat, namun hati dan tangan kita bekerja untuk dunia ini. Sedar tak sedar, kita ingin menjadi seperti orang lain. Sedar tak sedar, kita kurang berusaha untuk bekerja untuk keredhaanNya. Kita sanggup berusaha untuk mendapatkan sijil, pingat dan kenaikan pangkat. Tapi di mana usaha kita untuk naik taraf iman dan taqwa kita?

Belum sampaikah masanya untuk hati kita untuk bangun dari keadaan yang lena?

Comments

Popular posts from this blog

Germany