Semangat makin kuat. Jasadku terasa lemah disebabkan keletihan menaip. Teruskan usaha menyiapkan report tu!

Betul . Bila hati kita inginkan sesuatu, ia akan menggerakkan rakyatnya untuk buat ke arah itu. Tak kira untuk ketaatan atau kecintaan atau kemaksiatan ...

.. kerana cinta, hati sanggup buat apa sahaja ..
.. kerana takut, hati sanggup bekerja walau sakit ..
.. kerana nafsu, hati juga sanggup menzalimi jasadnya ...

....sememangnya benar apa yang Rasul kata ' ... ketahuilah, ia adalah hati '

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."(hadith ke-6 dari Hadith 40 imam nawawi - riwayat bukhari dan muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Germany