Semalam sembang ngan kawan. Dia sebut pasal risiko. Realitinya kita takut nak ambil risiko. Tapi peliknya kita selalu ambil risiko.

Lihatlah ... kita sanggup tinggalkan rumah untuk ke universiti. Ke luar negara. Itukan risiko? Aku dulu masa mula nak masuk ke jurusan Elektrikal ini pun menghadapi risiko. Orang kata nak masuk ke Monash ni selalunya drop out kalau amik ECSE. Nak masuk ke department ECSE pun payah sebab ramai nak masuk. Nak pass sampai ke final year pun tak ramai. Risiko untuk gagal di tengah jalan tinggi. AKu melihat ramai kawan aku tersungkur dan terjatuh di tengah jalan.

Bila difikirkan ke belakang lagi, banyak risiko telah diambil. Masa nak ke asrama penuh, aku tinggal di asrama pertama kali. Masa tu takut. Masa tu tak pasti boleh belajar macam kat rumah ke tidak.

Bila difikirkan merentasi masa ... dahulu hingga sekarang ... kita sebenarnya sanggup ambil risiko , sebab ... kita percaya akan ganjaran daripada risiko itu , iaitu : ijazah, kecemerlangan peperiksaan dan pekerjaan di masa depan. Adakah kita boleh hidup untuk mengecapi semuanya? Itu pun risiko yang kita ambil juga !

Anehnya , satu risiko yang kita susah nak ambil. Risiko yang hakikatnya ganjarannya telah dijanji oleh Ilah kita. Risiko yang disebut selalu dalam manual kita. Risiko yang diambil oleh orang dahulu hingga sekarang hingga kiamat ..... yang kita tak sedar sedang diambil oleh orang-orang yang dipilih oleh-Nya ... dan ditakuti oleh musuh-musuh-Nya!!!

Comments

Popular posts from this blog

Germany