Posts

Kita disuruh untuk berusaha . Kita tidak disuruh untuk berjaya
Tadi aku mengembara bersama remaja bintulu dan pelajar uni. Dua kereta. Avanza dan Kancil putih. Bermula dari bintulu jam 1.30petang. Kami memulakan dengan al-fatihah serta tazkirah berkenaan niat. Sepanjang perjalanan ke Miri, aku bertaaruf panjang. Tiba 4.30petang di Miri. Kami mendaki bukit melihat tempat keluar minyak pertama di Malaysia. Tempat yang bernama Canada Hill itu sangat indah, kerana dari situ dapat melihat matahari terbenam yang amat cantik. Selepas itu ke sebuah universiti, berjumpa dengan super junior aku. Kami kemudian bermalam di Miri. Kemudian, esoknya, kami bersantai sambil mendengar tazkirah berkenaan 'manusia dalam kotak' di tepi pantai. Setelah itu kami membeli barang sedikit dan kemudiannya berlepas kembali ke bintulu. Sungguh indah pengembaraan kali ini. Teringat aku kepada keadaan aussie dahulu....
Mengapa kita hidup? Apakah tujuan kita hidup? Ramai orang tidak dapat menemui jawapannya. Mereka sehari-hari terkejar-kejar akan benda yang tidak membawa mereka ke mana-mana.
Lama dah tak tulis entri. Hmm .. tadi baru kena marah dek bos. Biasalah. Selalu bos marah-marah kat staff dia. Tadi juga aku cerita sedikit akan masalah aku kat kawan di cubicle sebelah aku. Aku ceritakan betapa susahnya untuk jumpa isteri dan anak-anakku nanti. Dia senyap dan tak berkata apa-apa. Senyap sahaja. Pastu dia tukar cerita lain. Terus tak tercerita aku pasal hal aku. Tapi, bila dia cerita betapa seronok dia jaga anak dia, betapa susah dia jaga malam untuk tidurkan anak dia, dia beriya-iya, seolah nak semua orang tahu. Aku sedih juga. Ada juga orang macam ni. Bila kongsi masalah dengan dia, dia buat tak tahu atau mengelak. Bila dia kongsi masalah, kita dengar pula. Itulah lumrahnya. Kalau kita minta tolong kepada manusia, mereka tak suka. Even luahkan masalah pun mereka tak suka, sebab manusia memang tak suka peduli orang lain. Luahkan masalah kepada Allah. Mintalah kepada Allah. ... Terima kasih kerana mengajarkanku akan hal ini.
Just now Megat called me. It's via VOIP. Missed him. I still remember all those star wars memories with him... ... and also those discussion in AEK 9952...
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama, akhirnya telah bermula episod baru untuk remaja di sini.... Di sini telah bermula perjumpaan kumpulan asas ... Di sini telah bermula kembali kelas al muttaqun... Semoga ia menjadi permulaan ... ..semoga ia berterusan
It seems that we are living in our own worlds. We do not care about others. We do not care, as long our life is ok, as long we are living fine. Most of my friends are like that. ..even though they were the ones who lived more than their worlds! They were the ones who strive and struggle during their younger and bachelor years ... finding people and waking them up from their sleep. They were the ones who did great job in this path in bringing others to the creator. So many stories were heard about them. Now, they are just 'stories from those days'.... How sad, to see my seniors, who were active during those days ... now are doing nothing and avoiding this path... and happy with their families... I hope and prayed so that I do not end like them... Amiin.
Datuk.. Aku teringat lagi masa aku kecil dulu, yang mana aku naik atas bakul motor dia dan dibawa pergi dan balik tadika dan pergi dan balik kebun datuk. Aku ingat lagi, datuk belikan aku air teh bunga drinho, kerana tahu aku suka sangat kat air teh bunga. Aku ingat lagi, datuk tangkap belalang dan tunjukkan kat aku. Aku sangat takut melihatkan belalang itu melompat-lompat dalam plastik itu. Aku ingat lagi, datuk suka sangat bila kami sekeluarga balik kampung. Dia akan kumpul buah durian kat rumah dia. Semua orang suka betul bila tengok banyak buah durian kat rumahnya. Aku ingat lagi, aku temani atuk masa cuti sekolah... pergi dan balik kebun dengannya ... dan minum teh tarik bersamanya. Aku ingat lagi, tika aku besar panjang, dan masa itu atuk tinggal di gombak bersama ayah sedara, kami bersembang pasal zaman dahulu, zaman jepun, zaman awal malaysia ini... zaman dia muda dulu. Aku ingat lagi, kali terakhir berjumpa atuk, masa itu dia sudah terbaring ... tidak kuat seperti dahulu ... h...
Aku merasa kasihan kepada mereka yang dahulunya hebat dalam kerja islam ini, dan sekarang sudah tidak lagi bekerja. Mereka mengelak apabila kita cuba membawa mereka bersembang berkenaan kerja ini. Mereka mengelak apabila diajak untuk bersama kita bekerja sebagaimana dahulunya. Aku takut untuk menjadi seperti itu.
Alhamdulillah. Sekarang hatiku tenang semula. Itupun setelah 2 bulan lebih berada dalam keadaan gundah gulana, marah dan kecewa.Itu adalah sebahagian dari pekej ujian Allah untuk aku. Aku amat bersyukur kerana hatiku tenang kembali. Hati itu tidak akan tenang melainkan Allah yang kasi.Orang yang kaya,bersama keluarga,berkarier,berpengaruh dan berpengetahuan banyak belum tentu bahagia kalau Allah tak kasi. Pohonlah ketenangan daripada Allah.Dia sahaja sumber ketenangan itu.
Thank you Allah for giving me strength to live the day.
ABC of life (good to read!) A--Accept Accept others for who they are and for the choices they've made even if you have difficulty understanding their beliefs, motives, or actions. B--Break Away Break away from everything that stands in the way of what you hope to accomplish with your life. C--Create Create a family of friends whom you can share your hopes, dreams,sorrows, and happiness with. D--Decide Decide that you'll be successful and happy come what may, and good things will find you. The roadblocks are only minor obstacles along the way. E--Explore Explore and experiment. The world has much to offer, and you have much to give. And every time you try something new, you'll learn more about yourself. F--Forgive Forgive and forget. Grudges only weigh you down and inspire unhappiness and grief. Soar above it, and remember that everyone makes mistakes. G--Grow Leave the childhood monsters behind. They can no longer hurt you or stand in your way. H--Hope Hope for the best and...
Diriku, Jangan bersedih lagi, kerana hari ini adalah hari yang baru.
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Begitu banyak perasaan negatif telah kulalui... Marah. Benci. Dengki. Kedekut. Malas. Kecewa. Semoga aku boleh mengambil pengajaran daripadanya....
Hari ini bertambah seorang lagi kawan yang senasib denganku. Semoga dia tabah hati.
Cukuplah aku bersedih. Sekarang kena gembira sedikit...
Allah telah memberikanku pengalaman ini, yang amat luar biasa, yang tak pernah orang rasai, yang tak kusangka kualami jua. Pengalaman yang barangkali menjadi satu pengajaran dan ilmu kepadaku untuk menghadapi hari depan, juga untuk mengajar kepada anakku akan kehidupan. Berikanlah hatiku kekuatan,ya Tuhan.Amiin.
Apakah yang anda mahu buat hari ini?
My Dream. I wish I can realise mine.