Sunday, August 07, 2016

Jangan Putus Asa

Tadi tatkala membaca surah al-Qasas... terbaca kisa ibu nabi Musa.

Dia sangat takut... anaknya mungkin dibunuh seperti anak lelaki lain pada masa itu.

Allah ilhamkan dia supaya lepaskan anaknya di sungai.

.... sesuatu yang tidak lojik dan merbahaya.

Namun, perancanganNya lebih baik dari apa yang dia sangka. Akhirnya Musa AS diambil oleh isteri Firaun dan ibu Musa AS sendiri yg diminta menjaga dan menyusukan Musa AS dalam istana!

Begitulah kita. Adakalanya kita buntu dgn cubaan dan ujian di depan mata. Seolah tiada harapan.

Janganlah berputus asa terhadap Allah. Teruskan berdoa dan percaya kepadaNya. Dia pasti ada perancangan yang lebih baik buat kita.

#TrustAllah
#Faith
#NeverGiveUp

No comments: