Saturday, January 02, 2016

Terima Kasih

Tadi berbual dengan isteri masa sarapan.

Bincang pasal ahli keluarga dan teman sekerja yang mula berniaga walaupun mereka ada kerjaya. Malah, mereka terdiri dari orang yang memiliki jawatan besar dalam jabatan mereka.

Aku setuju. Nak tak nak kena mula berniaga. Cuma masih belum idea bagaimana nak bermula dan dari mana.

Isteriku mencadangkan buat barang seni dengan tema. Antara tema yang dilintaskan ialah Terima Kasih. Menarik juga. Mungkin ramai yang akan mendapat manfaat dari hasil seni ini.

Moga diberi kekuatan dan kemudahan untuk bermula.

No comments: