Kekuatan hujan

Baru-baru ini hujan yang amat lebat turun di lembah Klang.

Aku perasan papan tanda 'Bangsar South City' tumbang selepas hujan lebat pada malam sebelumnya.

Sebelum ini, papan tanda ini berdiri megah walaupun hujan yang lebat turun.

Mungkin ada pengajaran buatku kali ini..

Adakalanya kita merasa kita sangat hebat dengan kelebihan ilmu dan bakat yang ada pada kita. Kita lupa, semuanya datang dari Allah. Pastinya kelebihan itu datang bersamanya 'tanggungjawab' yang bakal ditanya di akhirat nanti.

Dan Dia boleh tarik balik kelebihan itu bila-bila masa lalu menjadikan kita tidak punya apa-apa. Cuma, di saat itu tidak guna menyesal kerana tidak menggunakan nikmat 'kelebihan' itu dengan cara yang diredhaiNya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany